Friday, August 29, 2008

Rumah Sudah Siap, Pahat Masih Berbunyi?


BN + PKR + AKIM + Undi Rosak = 15,524 + 31,195 + 92 + 477 = 47, 288 undi.

Jumlah Undi - Bilangan Keluar Mengundi = Hantu???
47, 288 - 40, 258 = 7,030

Jika, 81.01 peratus yang keluar mengundi daripada jumlah pengundi di ambil kira,

81.01 / 100 X 58,429 = 47, 333 pengundi.

Jumlah pengundi yang keluar - jumlah undi = 47,333 - 47, 288 = 45 undi ??? (yang ni pi mana??)

Maka, mana lagi undi?

Ada siapa boleh tolong jawab?

Tuesday, August 26, 2008

Dato' Sri Anwar Ibrahim Menang di Permatang Pauh

BUKIT MERTAJAM 26 Ogos — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dengan majoriti 15,671 undi pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh hari ini.

Anwar memperoleh 31,195 undi, sementara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah mendapat 15,524 undi dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Mamat 92 undi.

Hanafi hilang wang pertaruhan.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Roslan Yahaya pada pukul 10.02 malam di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan perletakan jawatan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai anggota Parlimen pada 31 Julai lepas bagi memberikan laluan kepada suaminya, Anwar untuk bertanding. — Bernama

Sumber : Utusan Malaysia Online

p/s - Sesungguhnya Allah SWT bersama orang yang benar. ALLAHU'AKBAR (3 KALI)

Dato' Ariff Shah Bin Omar Shah Seorang Penipu Besar?

Antara tahun 1978 hingga 1982, Pak Abu berkerja untuk anak muda bernama Arif Shah bin Omar Shah.

Abu bin Kassim sekarang ini tinggal di Jalan Raja Muda Abd. Aziz, Kampong Baru, Kuala Lumpur.

Pak Abu sudah berusia 76 tahun sekarang tetapi masih sihat. Segala peristiwa yang beliau lalui semasa berkerja dengan syarikat Home Industries Sdn Bhd milik tiga beradik, Amin Shah, Faridah dan Arif Shah masih segar dalam ingatannya.

Pak Abu dikenalkan kepada saya lima hari lalu oleh seorang sahabat yang juga tinggal di Kampong Baru.

Pak Abu memulakan ceritanya dengan ayat “Arif Shah tu penipu besar”

Menurut Pak Abu, (Dato') Arif Shah telah mempengaruhi 37 orang pemilik tanah di Kampong Baru dengan janjinya untuk membangunkan rumah pangsa 4 tingkat, 4 pintu (16 unit) setiap blok di atas tanah seluas 8,000 kaki persegi yang dimiliki oleh setiap 37 orang pemilik tanah tersebut. Ini bermakna sebanyak 37 blok rumah pangsa akan didirikan di Kampong Baru.

Untuk tujuan ‘pembangunan’ itu setiap pemilik tanah mesti menyerah kuasa kepada Home Industries Sdn Bhd untuk tujuan gadaian bagi mendapatkan modal pembinaan.

Maka dek kepandaian dan kebijaksanaan keturunan ‘Shah’ ini, tergadailah 37 lot tanah orang Melayu di Kampong Baru itu.

Sejak saat dan ketika itu, maka beranganlah kesemua 37 orang tuan tanah itu satu hari nanti ditapak tanah mereka yang sekangkang kera itu akan terbangunlah rumah pangsa empat tingkat yang akan mendatangkan pendapatan lumayan hasil sewaan 16 unit rumah setiap blok.

Mereka berangan punya berangan sampailah kehari ini. Mereka masih dalam angan-angan kerana Home Industries Sdn Bhd yang telah menggadaikan 37 lot kabarnya kepada ‘Perwira Habib Bank’ (bank yang telah ditelan alam) telahpun menjadi arwah.

Bermula dengan percayakan si Arif Shah, kemudian berangan jadi kaya, sekarang tinggal melomponglah pemilik tanah yang sudah tidak bertanah lagi.

Tiga puluh tujuh lot tanah orang Melayu di Kampong Baru masih tergadai sehingga ke hari ini, rumah pangsa yang dijanjikan entah ke mana. Amin Shah terselamat sebab dia kawan dia ni. Arif Shah terselamat sebab dia orang parti ini.

Nak jumpa Pak Abu?. Pergi saja ke kedai makan di simpang empat Jalan Raja Ali, Kampong Baru. Banyak bertanya, banyaklah Pak Abu akan luahkan.

Terima kasih Pak Abu. Tahniah Tok Amin Shah.

Sumber : Kerajaan Rakyat

Sumpah Saiful Terbongkar !


Didalam sidang media tersebut, Ramlang menjelaskan bahawa beliau bukanlah Imam Besar Masjid Wilayah seperti yang siarkan didalam akhbar, malah beliau sendiri tidak pernah merasakan bahawa beliau seorang ulama seperti yang diwar-warkan.

Beliau menjelaskan bahawa beliau telah diarah oleh pihak atasan untuk menghadiri majlis tersebut. Secara kebetulan, beliau baru saja melangsungkan majlis akad nikah dan itulah sebabnya mengapa beliau memakai jubah dan kopiah berwarna merah, yang merupakan pakaian seragam imam.

Didalam majlis bersumpah Saiful, Ramlang menjelaskan bahawa beliau telah diarahkan hanya untuk mendengar lafaz sumpah tersebut dan tidak terlibat dalam penyediaan teks sumpah. Teks yang disediakan ditulis didalam tulisan rumi, dan telah berlaku kesilapan sebutan semasa menyebut ‘watallahi’.

Dimajlis tersebut, Saiful telah bersumpah bahawa DS Anwar Ibrahim telah meliwat beliau tetapi telah tersilap semasa menyebut tarikh dimana Saiful telah menyebut 26.8.08, bukan 26.06.08. Ramlang juga berkataa bahawa sumpah tersebut tidak boleh dipanggil sumpah mubahalah kerana hanya satu pihak yang hadir. Didalam sumpah mubahalah, kedua-dua pihak wajib hadir dan sumpah mubahalah hanya perlu dilakukan selepas mahkamah tidak dapat memperolehi bukti dalam sesuatu kes.

Apa yang dilakukan oleh Saiful ialah sumpah laknat. Beliau juga mengatakan bahawa Saiful tidak menunjukkan wajah kesal atau bersalah semasa bersumpah, malah tidak menunjukkan rasa takut sama sekali.

Ramlang menjelaskan bahawa beliau mendaftar sebagai ahli Umno kerana hendak menolong kawan, tetapi tidak dijelaskan apakah pertolongan itu. Beliau menjadi ahli Umno pada tahun 2003, sebelum berhijrah keKuala Lumpur pada tahun 2004.Beliau juga menjelaskan tiada memegang apa-apa jawatan didalam Umno. Beliau juga tidak merasa kesal diatas pendedahan ini kerana beliau tidak mempunyai apa-apa kepentingan didalam Umno.

Ketika ditanya apakah sumpah Saiful ini satu konspirasi, Ramlang tidak menolak kemungkinan kerana ianya dilakukan sehari sebelum penamaan calon diPermatang Pauh.

Ramlang menjelaskan bahawa beliau terpaksa membuat penjelasan ini kerana tidak tahan dikutuk dan dicerca selepas akhbar menyiarkan penglibatan beliau didalam majlis sumpah tersebut. Malah selepas majlis tersebut, dan selepas menerima pelbagai cercaan dan kutukan, tiada pihak yang mahu menjelaskan keaadaan mempertahankan beliau. Dan beliau mengucapkan terimaka kasih kepada Pakatan rakyat kerana memberi peluang untukmenjelaskan keadaan.

Ramlang juga menjelaskan beliau tidak menerima apa-apa ganjaran atau imbuhan dari mana-mana pihak. Ketika ditanya apakah beliau tidak merasa bimbang terhadap keselamatan beliau, Ramlang menyerahkan kepada Tuhan.

Video :
Ustaz Ramlang Porigi Dipaksa Menjadi Saksi

Pengakuan Ustaz Ramlang Porigi di Permatang Pauh
Ustaz Puts BN Campaign in Tatters


Sumber : Perak Express

Thursday, August 21, 2008

Usah Cakap Pasal Patriotik Jika ...

Sekian lama orang-orang Melayu dibelenggu kepercayaan terhadap pentingnya jati diri yang bertitik tolak dari perlambangan dan metafora semata-mata. Kepercayaan yang diteraju oleh UMNO sejak 1946. Kepercayaan yang sudah tidak kemana.

Perjuangan terhadap mengekalkan ketuanan Melayu berteraskan metafora dan retorik semata-mata mungkin releven waktu awal politik Melayu Moden tetapi setelah lebih setengah abad merdeka, ternyata ia sudah mencapai tahap stagnant. Malangnya, kita masih dirasuah dengan idealisme yang sama tetapi sebenar-benarnya, ketuanan itu hanyalah ketuanan UMNO.

Satu ketika dahulu Orang-orang Melayu tiada pilihan. Mengharapkan pembangunan hanya dengan belas ehsan UMNO. Ini berlaku kerana pemimpin-pemimpin terbaik dan berpengalaman di kalangan orang-orang Melayu majoritinya berada di dalam UMNO. Kini orang-orang Melayu sudah memiliki alternatif. Orang-orang Melayu kini mempunyai pilihan.

Tetapi persoalannya adakah orang Melayu mampu membuat pilihan itu?

Saya bersetuju dengan Tan Sri Khalid, Menteri Besar Selangor supaya pintu UITM di buka kepada golongan bukan Bumiputera.

  1. Saya bagaimanapun percaya jika pintu itu dibuka, ia tidak akan mendapat sambutan yang baik dari mahasiswa-mahasiswa bukan bumiputera kerana ianya sebenarnya sudah terlewat.
  2. Di dalam polemik Melayu mahukan universiti khas untuk bumiputera, Melayu telah buta dari memikirkan komplikasinya.
  3. Atas dasar politik, selepas pilihanraya 1999, apabila UMNO terngadah dengan merosotnya sokongan pengundi Melayu kepada mereka, UMNO menerima usul untuk menaiktaraf Institut Teknologi Mara kepada sebuah universiti dengan harapan mendapat semula sokongan Melayu.
  4. Apa yang orang-orang Melayu tidak sedar, apabila membuka pintu kepada ITM menjadi UITM, pemimpin Melayu dalam kerajaan juga mendapat tekanan dengan pelbagai tuntutan yang sama dari Bukan Bumiputera yang pada tahun 1999 setia mengundi Barisan Nasional.
  5. Akibatnya, pemimpin-pemimpin Melayu terpaksa meluluskan tuntutan yang sama kepada bukan bumiputera.
  6. Di dalam menjamin ketuanan UMNO yang ketika itu bergantung kepada pengundi bukan bumiputera untuk menerajui negara, maka MCA, Gerakan dan MIC diberi hak untuk menubuhkan universiti-universiti mereka sendiri untuk anak bangsa mereka.
  7. Kerana mahu memiliki satu Universiti khas untuk bumiputera, menjadi taksub sehingga buta melihat bahawa tindakan mereka menyebabkan kerajaan terpaksa memberi hak kepada kaum-kaum lain juga memiliki mereka sendiri.
  8. Satu ketika dahulu, Orang Melayu bertungkus lumus menekan kerajaan tidak memberi hak kepada penubuhan Universiti Merdeka yang diusulkan oleh bukan bumiputera.
  9. Tetapi selepas di sogok dengan satu Universiti Bumiputera, kita pun berpuashati dan senyap sunyi dan buta tuli terhadap universiti-universiti lain yang ditubuhkan oleh bukan Melayu tumbuh seperti cendawan.
  10. Dari segi prestij, UITM masih sebuah institusi pengajian tinggi awam dan mempunyai dasar-dasar yang rigid.
Tetapi ambil contoh univerisiti milik MCA, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) adalah sebuah IPTS dan mendapat begitu banyak bantuan kewangan dari luar.

  • UTAR membuka pintu kepada semua kaum dan yurannya adalah di antara yang terendah.
  • UTAR mempunyai kemudahan serba moden dengan setiap fakulti mempunyai perpustakaan mereka sendiri.
  • UTAR kini mempunyai kampus yang amat conducive untuk menjana minda mahasiswanya di Kampar, tapak yang diberi percuma oleh Tajol Rosli dan Kerajaan Perak di bawah pimpinan UMNO.
  • Sebagai seorang yang pernah mengajar di UTAR, saya sendiri merasakan kehebatan dan kesungguhan UTAR untuk menjadi yang terbaik dan oleh sebab itu saya sehingga hari ini yakin bahawa didalam jangka masa yang tidak lama lagi, UTAR akan meninggalkan UITM di belakang.
  • Tapi orang Melayu tidak kisah, mereka hanya suka bercakap pasal ketuanan Melayu tetapi yang penting bagi mereka ialah menang sorak, kampung tergadai pun tak mengapa.
Orang Melayu begitu bangga dengan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Orang Melayu merasakan bahawa bahasa Melayu adalah satu cara untuk mereka meletakan ketuanan mereka mengatasi segala-galanya.

  • Akibatnya orang-orang Melayu mendesak diperkasakan Bahasa Melayu sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaan.
  • Orang-orang Melayu begitu taksub dengan Bahasa Melayu dan begitu bangga sehingga mengakibatkan salah satu punca anak-anak Melayu ketinggalan.
  • Kadar kemahiran bahasa kedua iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa-bahasa lain seperti Mandarin, Perancis dan sebagainya masih lemah dikalangan anak-anak Melayu.
  • Akibatnya kebanyakan Mahasiswa Melayu kehilangan daya saing di universiti kerana kebanyakan buku rujukan utama masih di dalam bahasa bukan Melayu.
  • Siswazah Melayu kehilangan daya saing berbanding dengan siswazah keturunan Cina dan India didalam sektor swasta kerana penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah.
  • Akibatnya kerajaan terpaksa memaksa pengajian Sains dan Matematik dibuat di dalam Bahasa Inggeris.
Akibatnya begitu banyak tekanan daripada orang-orang Melayu atas dasar kedaulatan dan hak-hak mereka didalam perlembagaan.

...Baca selebihnya di laman Sheih...

Adakah masyarakat Cina menekan MCA supaya mengubah dasar ini demi bahasa ibunda mereka? Tidak pula kedengaran kerana mereka tahu ini adalah demi kebaikan dan demi masa depan anak-anak mereka.

Ramai juga mahasiswa UTAR gagal kerana kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris tetapi ia tidak dijadikan isu kerana ini adalah untuk kebaikan mahasiswa itu sendiri seterusnya untuk kebaikan dan keutuhan keturunan mereka.

Orang Melayu, akibat diracuni sekian lama oleh pemerintah menjadi begitu taksub dengan Kemelayuan mereka sehingga ianya tidak boleh dipertikaikan langsung.

Orang kita lebih suka metafora dan retorik. Jangan cabar hak-hak orang Melayu dan jangan terbalikan bendera, itu semua lebih penting biarpun negara dan bangsa menjadi tunggang-langgang.

Biar papa asal bergaya. Itulah pegangan segelintir orang-orang Melayu yang masih kukuh mempercayai apa yang dilontarkan oleh UMNO. Yang ironinya, UMNO sudah memerintah lebih 50 tahun dan sudah lebih 50 tahun Perdana Menteri Malaysia adalah orang Melayu, tetapi orang Melayu masih tidak puas hati dengan pencapaian mereka. Disebalik polemik ini, orang Melayu masih yakin lagi kepada UMNO.

Perjuangan segelintir orang Melayu seolah-olah tertumpu kepada mempertahankan hak dan keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub di dalam perlembagaan negara. Tidakkah mereka terfikir, hak dan keistimewaan itu sebenarnya adalah satu agenda untuk mencucuk hidung orang Melayu?

Mungkin fasa di dalam perlembagaan itu nampak begitu manis, tetapi bukankah manis itu kalau keterlaluan boleh membawa penyakit yang kronik?

Janganlah terus dengan budaya Pak Kadok. Janganlah asyik menang sorak sahaja. Dari segi politik, hari ini orang Melayu sudah mempunyai alternatif yang kukuh. Tibalah masanya untuk berubah.

Sumber : Blog KickDeFella

Friday, August 1, 2008

Kenyataan Media Datuk Seri Wan Azizah


— KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA — 31 JULAI 2008, PETALING JAYA, MALAYSIA

Selepas berbincang dengan keluarga saya, kepimpinan Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, saya dengan ini secara rasminya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh kepada YB Tan Sri Speaker Dewan Rakyat Datuk Pandikar Amin Bin Hj. Mulia hari ini, memberi laluan kepada suami saya untuk bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat dalam pilihan -raya kecil secepat mungkin.

Ini adalah konsisten dengan matlamat kami untuk mendapat majoriti bagi membentuk kerajaan baru dalam tahun ini.

Keputusan ini adalah yang terbaik buat Malaysia.

Negara ini sedang berhadapan dengan cabaran yang paling getir semenjak mencapai kemerdekaan. Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO terbukti telah gagal mengurus ekonomi negara ini dan membawa negara ini menuju kehancuran. Kerajaan ini telah menyebabkan integriti sistem keadilan hancur ke tahap yang memalukan. Ia membiarkan api perkauman semakin bernyala -nyala dan membuatkan etnik Melayu, Cina dan India saling tidak mempercayai satu sama lain di samping sengaja mengabaikan keperluan masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak.

Anwar Ibrahim telah mengungkapkan visi untuk Malaysia yang telah pun membenihkan harapan buat rakyat. Beliau mempunyai pengalaman dan kebijaksanaan untuk membangunkan kembali ekonomi negara ini, juga karisma dan integriti untuk menyatukan rakyat Malaysia serta mengembalikan kewibawaan institusi-institusi kenegaraan. Saya akan terus berkhidmat sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat dan pengerusi Yayasan Aman.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyokong saya di Permatang Pauh yang selama ini sentiasa teguh di belakang saya di dalam melalui saat-saat sukar semenjak dari September 1998 dan saat-saat manis kemenangan 8 Mac 2008. Masa depan negara kita bergantung kepada dedikasi dan komitmen terhadap keadilan dan kebebasan yang saya lalui
selaku wakil anda semua di Parlimen dan saya akan sentiasa berkhidmat untuk anda pada masa depan seikhlas mungkin.

DATO’ SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

— PRESS STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE — 31 JULY 2008, PETALING JAYA, MALAYSIA

After deliberating with my family, the Keadilan party leadership and our partners in the Pakatan Rakyat, I have officially submitted my resignation as Member of Parliament of Permatang Pauh to the Speaker of Parliament YB Tan Sri Datuk Pandikar Amin Bin Hj. Mulia today to make way for my husband, Anwar Ibrahim, to contest as a candidate for Pakatan Rakyat in a by-election as soon
as possible.

This is consistent with our goals towards securing a Parliamentary majority and forming a new government within this year.

This decision is the right decision for Malaysia.

The nation now faces some of the greatest challenges it has encountered since gaining independence. The UMNO-led Barisan Nasional government has mismanaged the economy and steered the nation towards a catastrophe. It has allowed the integrity of the justice system to fall into deeper infamy. It has stroked the flames of racism and driven a wedge of mistrust between Malays, Chinese and Indians, while thoroughly neglecting the needs of the indigenous peoples of Sabah and Sarawak.

Anwar Ibrahim has articulated a vision for Malaysia that has brought hope to the people. He has the experience and intelligence to reinvigorate our economy, and the charisma and integrity to unite the Malaysian people and restore credibility to our institutions of governance. I will continue to serve as president of Parti Keadilan Rakyat and as chairperson of the Yayasan
Aman (Peace Foundation).

I whole-heartedly thank my supporters in Permatang Pauh who have stood by me in the most difficult of times since September 1998 and have shared in the joy of victory we all experienced on March 8th. The future of our nation lies in the dedication and commitment to justice and freedom that I have experienced as your representative in Parliament and I look forward to many more years of serving you with sincerity and with humility.

DATUK SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL
President
Parti Keadilan Rakyat

Sumber : Blog Uncle Anwar

Friday, July 25, 2008

Transkrip Debat “Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak”

Sumber : Blog Anwar Ibrahim

PERANTARA: Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Debat AgendaDaily ini membawa tajuk ‘Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak’. Di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, dua orang tokoh kami bawa khas untuk mendebatkannya. Debat ini mengambil masa sejam dan disiarkan secara langsung ke seluruh Negara.

Format debat ini telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Masing-masing juga telah menamakan seorang wakil yang bertindak sebagai ahli panel. Mereka akan menanyakan soalan kepada pendebat yang mencalonkan mereka selain soalan kepada pendebat yang seorang lagi. Jumlah soalan bergantung kepada keadaan masa. Saya sendiri akan menanyakan soalan kepada kedua-dua pendebat ini. Supaya berlaku adil, soalan yang sama akan ditanya kepada kedua-dua orang. Kedua-dua pendebat juga akan diberi peluang untuk bertanya satu sama lain.

Untuk pemula bicara atau opening statement setiap tokoh akan diberikan masa 4 minit. Loceng akan dibunyikan selepas 3 setengah minit. Setiap soalan lain mesti dijawab dalam masa kurang dari 3 minit atau loceng akan dibunyikan sebagai tanda peringatan. Setiap pendebat akan membuat penggulungan selama 3 minit.

Saudara penonton yang saya hormati sekalian, tugas saya hanyalah sebagai perantara. Maka itu, saya memohon kepada kedua-dua tokoh ini untuk mendebatkan isu ini secara terbuka, profesional dan beretika. Tanpa ragu-ragu, saya akan menegur mana-mana pihak ataupun pendebat yang menyimpang dari tajuk atau yang mengemukakan soal-soal yang tidak relevan dengan apa yang sepatutnya dibahaskan.

Dengan penuh hormat, saya ingin memperkenalkan kedua-dua tokoh pendebat kita malam ini. Di atas pentas itu, YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan Malaysia dan di sebelah beliau ialah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Parti Keadilan Rakyat atau PKR. Dua orang tokoh yang menjadi wakil pendebat ialah di sebelah kanan saya, Tan Sri Datuk Dr Nordin Kardi, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia dan Presiden Persatuan Universiti Malaysia dan di sebelah kiri saya, bagi pihak Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Saudara Zulkifli Sulong dari Akhbar Siasah.

Saya mulakan debat AgendaDaily bertajuk ‘Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak’ dengan mempersilakan Dato’ Seri Anwar untuk membuat opening statement selama 4 minit. Dipersilakan.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Terima kasih Datuk Johan dan AgendaDaily atas kesempatan ini. Dan penghargaan khusus kepada Dato’ Ahmad Shabery kerana memberikan ruang yang julung-julung kali diadakan.
Saya menerima pelawaan ini dengan senang hati untuk membuka wacana yang bebas dan segar. Walaupun pada peringkat awal saya memilih untuk berdebat dengan Perdana Menteri atau Timbalan, tetapi saya terima baik kerana saya nak menggunakan kesempatan ini untuk menjelaskan, kalau kesempatan Pakatan Rakyat memerintah hari ini, esok harga minyak tetap turun.

Saya cadangkan, berdasarkan perkiraan kekuatan makro ekonomi negara kita, pertumbuhan dan potensinya, penyusunan dan pengurusan pemerintahan yang lebih cekap dan bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan jumlah yang kita fikirkan untuk diturunkan dalam kadar segera sebagai langkah awal ialah 50 sen.

Maknanya mulai esok seandainya kita memerintah malam ini, harga minyak ialah RM2.20. Saya pertahankan hujah ini kerana beban rakyat itu sudah tidak terkawal. Petani, nelayan, pekerja, peniaga peringkat menengah dan atasan itu mengalami satu keperitan yang luar biasa. Ini jarang sekali berlaku dalam sejarah Negara kita.

Kenaikan mendadak yang cukup membebankan orang-orang yang majoritinya Melayu lebih banyak menerima kesan. Semua perbicaraan tentang menyelamatkan orang Melayu dan membela nasib orang Melayu itu hanya omongan. Tetapi kenyataannya keperitan itu menimpa orang Melayu, termasuklah bumiputera Sabah dan Sarawak.

Bagaimana boleh dapat saya kumpulkan RM5 bilion ini? Saya akan jelaskan dan memperincikan berikutnya. Iaitu TNB sekarang umpamanya mempunyai standby capacity yang berlebihan. Reserve 40%, di antara paling tinggi di dunia. Siapa yang untung? IPP – Jana Kuasa Bebas. Untungnya sudah berbilion ringgit, ada lagi kapasiti yang begitu besar.
Mengapa kita harus berikan? PETRONAS rugi, TNB rugi… yang untung IPP. Dan kapasiti 40% itu saya usulkan untuk dikurangkan standby capacity itu kepada 20%. Dengan mengurangkan kapasiti itu sahaja kita telah mendapat RM2 bilion. Jadi kita kena cari RM3 bilion lagi. PETRONAS hari ini dalam financial announcement menyebut jumlah keuntungan yang besar bagi tahun 2008 yang baru selesai diumumkan hampir RM100 bilion.

Jangan kita bicara soal naik harga minyak. Naik harga minyak di pasaran dunia bermakna pendapatan dan dana Kerajaan bertambah …. meningkat besar. Jadi kalau kita mempunyai keuntungan begitu besar, sebahagiannya untuk PETRONAS dan saya tidak ganggu PETRONAS kerana PETRONAS mempunyai rekod yang cemerlang dan pengurusannya membanggakan. Masalahnya ialah manakala campur tangan politik, pengurusan politik yang sangat lemah membebankan negara.

Jadi oleh yang demikian, saya mengusulkan sebagai langkah awal kita turunkan 50 sen mulai esok. Walaupun sekarang Barisan Nasional memerintah, bermakna ini tidak mungkin. Tetapi kita turunkan 50 sen esok, Insya Allah dan saya akan jelaskan dalam masa yang diberikan nanti bagaimana kita boleh cari RM3 bilion. RM3 bilion ini untuk dana meringankan beban rakyat itu tidak terlalu besar.
Kerugian dan tanggungan PERWAJA sahaja RM13 bilion yang boleh ditampung oleh Kerajaan. Mengapakah harus kita menjadikan isu terlalu besar apabila RM3 bilion itu ingin diagihkan kepada rakyat jelata.

PERANTARA: Terima kasih Dato’ Seri Anwar. Saya mempersilakan YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek.

YB DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Assalamualaikum w.b.t. Saya menerima jemputan AgendaDaily untuk berdebat malam ini atas kesedaran bahawa adalah tanggung jawab saya sebagai orang yang dipilih oleh rakyat dan juga seorang Menteri yang dipilih melalui proses yang sah. Dan saya bertanggung jawab untuk menyatakan bahawa apa-apa tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan, inilah cara yang terbaik untuk masa depan negara kita dan masa depan rakyat. Bukan pendekatan populis yang sering dilakukan dalam banyak negara yang tidak semestinya negara itu berakhir dengan keadaan ekonomi yang lebih baik kepada masyarakatnya.

Perlu saya jelaskan di sini bahawa kalaulah dikatakan pada hari ini 50 sen hendak diturunkan, sebenarnya ucapan ini saya dah dengar sebelum pilihan raya yang lepas. Jadi bermakna dia mesti bercakap pada harga sebelum pilihan raya iaitu pada harga RM1.92.

Tentangannya ialah menentang kadar kenaikan harga yang baru-baru ini. Kalau kita teruskan pada harga RM1.92, ini bermakna subsidi yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan ialah sebanyak RM50 bilion. Dan ini bermakna banyak program-program pembangunan, soal sekolah, soal rakyat, soal jalan, soal orang di FELDA, soal orang di kampung tidak dapat dilaksanakan hanya untuk menampung cara hidup yang berterusan yang ada pada hari ini.

Perlu saya jelaskan juga bahawa, kita perlu tahu bahawa kenaikan harga minyak sekarang ini bukanlah kerana kita. Kita mesti sedari hakikat bahawa kita berhadapan dengan krisis minyak seluruh dunia. Harga minyak naik bukan Kerajaan yang salah tetapi ini adalah kerana keadaan kenaikan harga minyak dunia disebabkan perang di Iraq, kemungkinan serangan di Iran, tentang permintaan China dan India yang semakin besar dan faktor-faktor lain yang dirasakan di seluruh dunia.

Dalam sejarah Negara kita, harga minyak dunia ataupun krisis minyak ini bukan kali yang pertama. Kali yang pertama ialah dalam tahun 1973 dan 1974. Pada waktu itu selepas perang Yunkipur atau Perang Ramadhan pada ketika itu, di mana orang-orang Arab – negara-negara Arab berpakat untuk mengenakan tindakan embargo minyak kepada negara-negara yang menyokong Israel pada waktu itu. Pada masa yang sama ia memberhentikan atau mengurangkan pengeluaran minyaknya.

Waktu itu juga, seluruh dunia menghadapi masalah inflasi yang teruk. Harga minyak naik mendadak 400% daripada 10 dolar setong hingga 40 dolar setong dalam masa 6 bulan. Memberikan kesan inflasi yang cukup teruk termasuk dalam Negara kita pada waktu itu. Tetapi saya ingat pada waktu itulah pentingnya, tahun 1974 ialah zaman Tun Razak.
Tun Razak menubuhkan PETRONAS pada waktu itu. Menubuhkan PETRONAS dalam keadaan yang tertekan kerana dunia luar menekan kita jangan ambil hak yang telah diberikan kepada SHELL pada waktu itu. SHELL telah diberikan oleh British sebelum meninggalkan negara kita. Kita tubuh PETRONAS pada waktu itu dan ia bukanlah satu perkara yang mudah.

Sebab itulah pada waktu itu seluruh rakyat bersatu menyokong Tun Razak. Pada waktu itu polls khas menyokong Tun Razak. Pada waktu itu juga banyak parti-parti lain menyokong Tun Razak. Saya ingat pada waktu itu Saudara Anwar memilih untuk memalukan Tun Razak, berarak di jalan raya mengajak mahasiswa dan sebagainya.
Seperti dulu dan seperti hari ini, rakyat memang sempit tetapi saya melihat sama seperti dulu, Saudara Anwar suka mengambil kesempatan daripada kesempitan rakyat. Sebab itulah kita katakan bahawa, memberikan minyak yang murah bukan penyelesaiannya. Banyak negara ……. terima kasih.

PERANTARA: Terima kasih Dato Seri dan terima kasih Dato’. Kita masuk kepada pusingan yang kedua. Ini merupakan soalan saya yang saya tujukan kepada kedua-dua tokoh ini. Soalan saya ialah, pada masa ini PETRONAS hanya menguasai kira-kira 40% pasaran runcit petroleum. Sekiranya subsidi yang besar diberikan, maknanya Kerajaan juga harus menanggung subsidi untuk beberapa syarikat minyak raksasa yang ada di negara ini termasuk EXXON Mobil dan SHELL. Apa komen pendebat? Saya mulakan dengan Dato’ Ahmad Shabery Cheek.

YB DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Kita mesti mengakui bahawa kaedah subsidi adalah kaedah yang tidak boleh bertahan lama. Banyak subsidi ertinya kita mesti mengakui akan memberi kesan pertumbuhan ekonomi yang sebenarnya.
Kalau kita terus memberi subsidi yang banyak, kita akan mewujudkan satu keadaan bahawa wang Negara yang sepatutnya dilaburkan untuk kepentingan rakyat, untuk sekolah, untuk hospital dan sebagainya terpaksa digunakan hanya untuk menampung subsidi minyak yang sebahagiannya akan digunakan oleh orang-orang yang sudah kaya, yang sudah mempunyai kenderaan yang besar termasuk orang-orang dari luar negara. Sebab itulah kita katakan di sini bahawa kalau kita terus memberi subsidi sebagaimana yang disebutkan tadi, ada syarikat-syarikat seperti EXXON Mobil, seperti SHELL dan sebagainya yang turut mendapat faedah daripada wang rakyat. Dalam soal ini, kenapa tidak kita berikan wang tersebut terus kepada rakyat dan ini yang dibuat oleh kebanyakan negara-negara maju yang lain.
Kalau disebutkan tadi kerana pengurusan yang tidak cekap, kerana ada rasuah dan sebagainya. Kita tanya Norway, Finland, tanya negara-negara maju yang lain yang dikatakan paling kurang rasuah, mereka juga tidak subsidi dan mereka telah menunjukkan prestasi ekonomi yang lebih baik dan Malaysia juga harus menuju ke arah itu.

PERANTARA : Dato’ Seri Anwar.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Debat ini masalah minyak, bukan Anwar dan Shabery. Oleh yang demikian, saya tidak memilih untuk menyentuh beliau walaupun beliau tokoh Semangat 46 dahulu. Itu tak apa.

Soalnya saudara, kita nak banding dengan Norway, pendapatan per kapita Norway 10 kali lebih daripada Malaysia. Kita bicara soal harga minyak ini, keperitan rakyat, petani, nelayan dan pekerja yang miskin. Jadi kalau kita nak bandingkan dengan kedudukan negara industri yang capai tahap yang baik, ini agak sukar. Nisbah dan basis perbandingan itu meleset sama sekali.

Saudara, soal minyak, soal bantuan, meredakan keperitan rakyat ini tanggung jawab mana-mana pemerintah. Lebih ramai orang miskin, lebih rakyat terpinggir, baik Melayu atau bumiputera Sabah, Sarawak atau segelintir Cina dan masyarakat India di estet, itu tanggung jawab kita. Soalnya, menaikkan kadar minyak dengan mendadak begini, cukup membebankan. Dan kalau pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sampai hari ini tidak sedar, saya fikir masa depan parti itu tidak begitu cemerlang lagi. Orang tidak akan yakin.

Saudara, ini realitinya. Saudara tahu, berapa ramai jumlah pengangguran? Itu akan saya sentuh. Sebab itu prinsip subsidi, bila nak tolong orang miskin, subsidi. Bagaimana tentang prasarana infrastruktur, berpuluh bilion ringgit yang disediakan untuk pedagang-pedagang untuk industri? Untuk pelabuhan? Bukankah itu bentuk subsidi?
Prasarana disediakan dengan jumlah yang besar, kita sebut insentif. Tolong rakyat miskin dengan subsidi minyak kita panggil subsidi. Jumlah nak tampung kerugian PERWAJA saya sebut tadi, dan MAS dan pelbagai bail-out , kita sebut bail-out, bantuan menyelamatkan ekonomi. Nak bantu nelayan, petani dan Melayu miskin namanya subsidi. Dan subsidi itu namanya cukup negatif dan busuk sekali. Saya tidak setuju.

Saya anggap tanggung jawab kita dalam mana-mana negara. Kita ada dana. Keuntungan PETRONAS, tak sentuh bahan sektor yang diperoleh daripada PETRONAS, itu perlu untuk pelaburan dan sebagainya. Ini soal dana yang besar yang diperoleh oleh Kerajaan. Memang betul untuk sekolah, tapi kalau kita ambil berbilion dari rakyat kemudian kita tingkatkan bangunkan sekolah, tanggung jawab dan boleh kita sentuh dalam round kedua. Insya Allah.

PERANTARA: Baik, terima kasih Dato’ Seri Anwar. Demikian saudara penonton sekalian, berakhirnya segmen pertama debat AgendaDaily ini. Kita akan bertemu lagi selepas pesanan iklan ringkas ini. Jangan ke mana-mana

PERANTARA: Saudara penonton yang saya hormati sekalian, kita sedang mengikuti Debat AgendaDaily mempertemukan YB Dato’ Shabery Cheek dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang membawa judul ‘Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak’. Kita sampai pada pusingan ketiga sekarang, saya mempersilakan wakil Dato’ Ahmad Shabery bertanyakan soalan kepada Dato’ Seri Anwar. Silakan Tan Sri.

TAN SRI DATUK DR NORDIN KARDI: Terima kasih Pengerusi. Sebelum saya mengemukakan soalan yang terbuka, saya ingin terlebih dahulu mendapatkan komitmen yang diucapkan oleh Dato’ Seri tadi, iaitu premis kepada cadangan apabila memerintah hari ini besok harga minyak akan turun 50 sen, bukan kerana Malaysia adalah negara pengeluar minyak, ya atau tidak?

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Ya, Malaysia ialah negara pengeksport minyak.

TAN SRI DATUK DR NORDIN KARDI: Kerana Malaysia negara pengeksport minyak, itu sebabnya cadangan ini dikemukakan?

DATO’ SERI ANWAR: Ya.

TAN SRI DATUK DR NORDIN KARDI: Jadi apabila cadangan ini dikemukakan sedangkan dalam hujah telah menyentuh perkara-perkara lain yang bukan berkaitan dengan minyak iaitu yang berkaitan dengan IPP dan sebagainya. Jadi saya merasai …..

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: IPP itu ada hubungan minyak dengan gas.

TAN SRI DATUK DR NORDIN KARDI: Premis itu sudah bercampur-campur, jadi saya suka menyebut beberapa angka iaitu hasil ataupun revenue daripada minyak. Mengikut laporan tahunan yang telah diumumkan ialah RM223 bilion.
Dan daripada RM223 bilion ini yang merupakan hasil daripada minyak yang dikorek daripada Malaysia ialah 26% iaitu RM56 bilion, sedangkan PETRONAS telah mengembalikan wang sebanyak RM63 bilion, bermakna melebihi daripada duit minyak yang diperoleh daripada urus niaga minyak Malaysia sebanyak RM5 bilion lebih.
Jadi dengan demikian, seolah-olah apabila wang ini dilaburkan semula untuk perkembangan ekonomi, dan apabila Dato’ Seri memerintah hari ini, besok akan menurunkan harga minyak, Seolah-olah Dato’ Seri seumpama seorang anak yang telah kematian bapa akan membahagi-bahagikan harta ini yang telah dikumpulkan hasil keringat orang terdahulu, untuk mendapatkan keseronokan di kalangan kawan-kawan bahawa Dato’ Seri adalah pemimpin yang baik.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Terima kasih. Terima kasih atas ucapan pengulas. Saya fikir dia nak tanya soalan. Tapi mungkin kaunseling punya pengaruh.

Basic, pengetahuan basic bila kita sebut industri petroleum itu, termasuk minyak dan gas. Patut dapat taklimat awal. Tapi kalau yang disebut oleh PETRONAS ini, keuntungan besar dari pelaburan PETRONAS dan PETRONAS ini walaupun termasuk dalam di antara 100 syarikat minyak terbaik, tapi dari segi keuntungan termasuk di antara yang ke 10 terbaik.
Dan keuntungan ini ialah kerana operasi kebanyakannya itu dalam negara dan sebahagian kecil di luar. Dan dalam polisi kita tentunya kita menggalakkan PETRONAS untuk terus melabur sebahagian pendapatannya. Sebab itu kita tidak menyentuh dana yang diperoleh oleh PETRONAS. Kita nak menyentuh dana yang dipulangkan kepada Kerajaan kerana PETRONAS ini milik dan khazanah Negara. Berhak untuk rakyat, anak ni maknanya anak kita semua, itu hak mereka.

Jadi sebenarnya soal nak menyatakan pendekatan populis atau tidak, ya. Kita dalam pemerintahan ini nak jaga siapa? Nak jaga tauke besar dan kroni? Atau nak jaga rakyat? Kita jaga semua. Jadi oleh yang demikian, saya tekankan jumlah yang kita sebutkan 50 sen itu bukan jumlah yang keterlaluan. 50 sen turun, langkah awal.
Memang Dato’ Shabery, dia menyentuh … memang saya janji lebih, memang itu saya sebut itu langkah awal. Sebab apa saya nak menyebut langkah awal, sebab kekacauan, kemusnahan ekonomi, kerosakan akibat kenaikan mendadak keterlaluan, kerana naik begitu mendadak keterlaluan, tidak ada yang sokong, yang sokong hanya Ahli Parlimen Barisan Nasional. Kerana naik keterlaluan, kita terpaksa menurunkan ikut peringkat. Saya mengambil satu pendekatan bertanggung jawab, kalau benar populis saya umumkan saja, kita turunkan RM1 atau RM1.50, apa salahnya. Tetapi saya terpaksa mempertahankan dengan hujah dengan angka RM2 bilion selamat dari…… saya sambung kemudian.

PERANTARA: Saya mempersilakan Saudara Zulkifli Sulong untuk bertanyakan soalan kepada Dato’ Ahmad Shabery.

SAUDARA ZULKIFLI SULONG: Assalamualaikum Dato’ Ahmad Shabery. Pada tahun 2006 lalu, Kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen. Hasilnya Kerajaan telah dapat jimat kira-kira RM4.3 bilion dahulu. Kerajaan berjanji ia akan digunakan untuk pengangkutan awam. Mengikut jawapan di Parlimen baru-baru ini, Kerajaan baru belanjakan RM834.72 juta sahaja, untuk prasarana pengangkutan awam sejak dari tarikh itu.
Kenapa perkara ini berlaku? Kerana dengan kenaikan ini pula, Kerajaan boleh jimatkan RM13 bilion. Jika RM4.3 bilion yang kita jimatkan dahulu itu sukar untuk dibelanjakan, sehingga kini tidak dapat nampak hasilnya tentang pengangkutan awam yang dijanjikan. Apakah yang akan berlaku dengan penjimatan yang agak besar yang akan kita hapuskan?

DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Terima kasih Saudara Zul. Sebenarnya Saudara mungkin tidak ikut perkembangan harga minyak agaknya. Pada waktu itu 70 dolar, sekarang 140 dolar. Senanglah nak cakap turun, siapa pun boleh, kalau tak memerintah. Saya duduk pembangkang mudah hendak cakap. Bagi free pun boleh.
Tetapi kita mesti bertanggung jawab dalam soal ini. Kita tengok dalam dunia sekarang ini pun, pertamanya kita perhatikan, dalam dunia sekarang ini, semua negara yang murah harga minyaknya, Venezuela paling murah, 10 sen sahaja. Saya baru ke sana minggu lepas. Tetapi inflasinya berapa? 30%, yang terburuk dalam negara Latin Amerika. Iran inflasinya yang ke 8 terburuk dalam dunia sekarang. Itu negara yang murah.
Kerana dalam masa yang sama kita kena ingat, bahawa harga minyak bukan sekadar menyebabkan harga minyak sahaja naik, tetapi bukan sahaja harga barang, tetapi termasuk krisis makanan.

Sekarang ini kalau kita tengok, negara kita mampu untuk mengatasi krisis makanan sekarang ini malahan kalau kita tengok beras kita lebih murah daripada beras Thailand. Ini antara bukti kemampuan kita mengatasi makanan. Sebab itulah kita katakan bahawa ianya hanya dapat diimbangi dengan cara sistem subsidi yang betul dan kita tidak perlu berarak di jalan raya.
Alhamdulillahlah kita dapat bersama hari ini, tidak berarak di jalan raya atau pun buat konsert yang tidak senonoh seperti baru-baru ini. Kita dapat berbincang dengan yang baik dalam keadaan sekarang ini.

PERANTARA: Sekarang saya akan minta supaya Saudara Zul menanyakan soalan kepada Dato’ Seri Anwar, silakan.

SAUDARA ZULKIFLI SULONG: Dato’ Seri, bercakap soal minyak ini, ia adalah harta masa depan kita. Seingat saya semasa Dato’ Seri menjadi Menteri Kewangan dahulu, Dato’ Seri pernah menubuhkan Tabung Warisan. Dan apa sebenarnya dalam pemikiran Dato’ Seri ketika itu, jika kita kaitkan dengan isu minyak yang juga harta rakyat masa depan sekarang ini?

PERANTARA : Silakan.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Dua Kumpulan Wang Amanah yang penting ialah Kumpulan Amanah Pencen dan Negara yang melibatkan kepentingan heritage. Kerana pada masa itu kita ada belanjawan lebihan, tidak macam sekarang deposit teruk. Masa itu kalau belanjawan lebihan, kita kumpulkan supaya kita simpan sebahagian daripada dana yang diberikan PETRONAS dan lebihan itu untuk masa depan Negara.

Malangnya, perkara itu tidak dikembangkan dan dana simpanan itu masih di peringkat yang dianggap agak kecil. Tetapi dalam isu minyak ini, kita tidak boleh kaitkan semata-mata dengan harga global. Kalau kita sebut Venezuela, Iran, benar inflasinya agak naik sedikit, tapi kalau kita kira inflasi yang disebut oleh Kerajaan.
Cuba pergi kedai beli ikan ke, bawang ke, ayam ke, ianya tidak naik 3%. Angka terakhir yang disebut oleh Gabenor Bank Negara 6% lebih. Semua bank sebut lebih 8%. Maknanya kebijakan ekonomi yang diumumkan menyebabkan inflasi melonjak tinggi kerana kenaikan itu pada tahap yang singkat terlalu tinggi menyebabkan kesan sampingan harga barang meningkat.
Jadi keprihatinan Pak Menteri meniaga barang di inflasi itu bercanggah dengan keputusan yang dibuat oleh Kerajaan. Naik minyak mendadak, inflasi tidak akan naik. Itu teori ekonomi siapa yang mengajar begitu?

Kenaikan yang mendadak, kenaikan barang termasuk minyak bila mendadak begitu akan membawa kesan yang parah. Kita sebut harga minyak global, memang benar. Harga minyak global meningkat tinggi tetapi setiap 1 dolar Amerika naik dengan pengeluaran minyak di Malaysia, kita peroleh RM360 juta.
Jadi naik harga minyak itu pulangan besar kepada kita. Ini hendak merunsingkan orang kampung, harga minyak global naik, di London, di Paris, di China, di India naik. Kita pengeluar minyak, memang naik berbanding 10 tahun lalu, tetapi tidak boleh bebankan rakyat dan yang saya nak tekankan sekarang ini, kenaikan begini menyebabkan ekonomi kian meleset.

PERANTARA: Saya mempersilakan Tan Sri Datuk Dr Nordin Kardi untuk menanyakan soalan kepada Dato’ Ahmad Shabery.

TAN SRI DATUK DR NORDIN KORDI: Tadi saya telah menanyakan komitmen Dato’ Seri Anwar tentang adakah premis kepada penurunan harga minyak 50 sen itu kerana Malaysia adalah pengeluaran minyak. Selepas kita bacakan data bahawa sumbangan minyak dalam negara hanya 26%. Saya melihat bahawa isu yang dicadangkan oleh Dato’ Seri Anwar bukan isu minyak lagi tetapi memilih minyak sebagai sasaran untuk dikurangkan kepada 50 sen.
Tetapi mengapa tidak misalnya oleh kerana ia bukan semata-mata isu minyak bercakap mengenai pengurangan cukai seperti mana Kerajaan telah tidak mengenakan cukai kepada mereka berpendapatan di bawah RM2,000, mengapa tidak misalnya memberi bantuan sewa rumah kepada mereka yang miskin tinggal di bandar, tetapi mengapa memilih minyak, mengapa agaknya Dato’ Seri Anwar tidak berjanji untuk mengurangkan inflasi seperti katanya 80% kepada 30%. Jadi soalan saya kepada Dato’ Shabery ialah mengapa agaknya Dato’ Seri memilih minyak sebagai sasaran janji kepada rakyat apabila memerintah esok. Terima kasih.

YB DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Saya rasa soalan ditanya kepada saya kerana merasakan banyak premis yang salah tadi. Kita bercakap tentang kita ini sebagai negara pengeluar minyak. Saya hendak tanya, kita ini negara pengeluar minyak nombor berapa dalam dunia? nombor 1 hingga 20? Kita nombor berapa?
Tidak masuk pun. nombor 21 pun tidak. Kita kecil, jangan bandingkan dengan Arab Saudi, jangan bandingkan dengan Venezuela, jangan bandingkan dengan Iran, jangan banding dengan tempat lain. Kita kecil sangat, itu pun minyak kita telah diambil 100 tahun lamanya dan kita telah sampai ke peringkat penghujung. Kita masih nett exporter tetapi nett exporter yang kecil. Kita kena tahu dalam soal ini.
Dan kemudiannya dari segi keuntungan daripada minyak kita tidak benar tadi, sebenarnya hanya 26% daripada keuntungan yang disebabkan oleh PETRONAS hari ini, 26% hasil daripada minyak dalam negeri yang lain itu adalah pelaburan. Kalau kita kata tahun 2015 nanti waktu kita sudah tidak ada minyak, apakah waktu itu kita telah menjadi nett importer pada waktu tersebut. Apakah pada waktu itu kita baru hendak mengikut harga dunia, kalau orang hendak jual minyak pada kita waktu itu.
Kalau tidak jual bagaimana? Sebab itulah tanggung jawab PETRONAS dengan keuntungan yang ada walau sudah banyak diberikan kepada negara sepatutnya cari minyak di luar negara dan terima kasih di bawah Dato’ Seri Mahathir misalnya, sampai ke 33 buah negara yang dia terokai, PETRONAS kita sehingga kita menjadi salah sebuah negara yang mempunyai sebuah syarikat minyak antara yang ternama dalam dunia sekarang ini. Sebab itulah kita rasakan jangan menyebabkan PETRONAS menjadi lebih miskin dalam soal ini. Kita mestilah realistik, minyak kita bukanlah minyak yang banyak sangat, mungkin minyak urut, minyak atar tidak tahulah dalam soal ini.

PERANTARA: Terima kasih, kita akan pergi kepada soalan cepumas. Saya akan minta Dato’ Seri Anwar menanyakan satu soalan kepada Dato’ Ahmad Shabery dan kemudian Dato’ Ahmad Shabery akan menanyakan satu soalan kepada Dato’ Seri Anwar. Saya mulakan dengan Dato’ Seri Anwar menanyakan soalan kepada Dato’ Ahmad Shabery.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM : Saudara Shabery, siapa yang bandingkan Malaysia dengan Venuezela dan Iran? Harganya 10 sen, 15 sen, 16 sen? Soalnya, kita bandingkan Malaysia sebagai negara pengeksport minyak, dan kita telah bagi perkiraan bahawa kenaikan yang mendadak itu membebankan rakyat dan menyebabkan kemerosotan, kemelesetan ekonomi negara.
Jadi kalau ini diketahui, mengapa Kerajaan setelah berjanji untuk tidak menaikkan minyak sebelum pilihan raya, dalam tempoh beberapa bulan sahaja telah memungkiri janji, mengkhianati janji dan menaikkan harga minyak yang membebankan rakyat dan mengatakan kita ambil dari dana PETRONAS? Siapa yang kata kita ambil dari dana PETRONAS? Saya kata kita jimatkan belanja, kita betulkan perjanjian kita dengan IPP dan kapasiti lebihan dan kita ambil dari dana Kerajaan yang bocor begitu banyak termasuk rasuah yang disebut Morgan Standly kehilangan RM300 bilion dan RM10 bilion.
Jadi saudara, saya cuma hendak sebutkan begitu, mengapa gunakan media termasuk media rasmi sebagai amanah memutar belitkan kenyataan kita? Kenyataan kita ialah mengapa kenaikan yang begitu mendadak dan membebankan? Dan mengapa kita tidak boleh mengurus sumber khazanah yang kita miliki untuk meringankan bebanan rakyat dan memajukan pertumbuhan ekonomi dengan meyakinkan?

PERANTARA: Terima kasih, saya minta Dato’ Ahmad Shabery jawab.

YB DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Saya kira ini sekali lagi ucapan yang populis sifatnya. Seolah-olah menafikan bahawa segala-galanya dikaitkan bahawa punca kenaikan harga minyak kita ini kerana tidak ada penjimatan dan soal rasuah dan sebagainya.
Ini boleh kita terima sekiranya kenaikan harga minyak negara kita adalah sesuatu yang terpencil daripada negara lain. Seolah-olahnya Saudara Anwar menafikan bahawa seluruh dunia berhadapan dengan soal harga minyak yang tinggi sekarang ini, seolah-olah dikatakan bahawa minyak mahal di Malaysia sahaja.
Ini sama saya katakan seperti dalam tahun 1974 dahulu, Saudara menggerakkan MASSA, menggerakkan mahasiswa mengatakan orang kaya raya, orang miskin papa kedana. Sedaplah kita bercakap waktu itu, bercakap tentang orang Baling pada waktu itu. Tetapi pada waktu yang sama kita rasakan bahawa
Saudara Anwar waktu berada dalam Kerajaan, tidak selesai pun tentang soal orang di Baling. Bercakap mudah dalam soal ini, sebab itulah sebahagian daripada masalah yang kita ada, soal IPP ialah semasa zaman Saudara Anwar berada dalam Kerajaan. Susah kita hendak ubah kontrak-kontrak yang ada sekarang ini kerana antara kontrak itu dipertahankan semasa Saudara Anwar berada dalam Kerajaan.

Saudara Anwar kata media suka memutar belitkan. Saya rasakan sekarang ini tidak pernah berlaku kalau Saudara Anwar berada dalam Kerajaan diberi peluang yang begini kepada seorang pemimpin pembangkang. Saya rasakan bahawa kalau mengikut cara Saudara Anwar sewaktu menyelesaikan masalah krisis kewangan tahun 1997, memilih cara yang digemari oleh IMF.
Pada waktu itu yang menjerut rakyat dan tidak pernah pun di cakap kita membuat tentang kepentingan rakyat, kadar bunga yang dinaikkan dengan cara yang cukup tinggi pada waktu itu, NPL dipanggil daripada enam bulan kepada tiga bulan, ramai peniaga kecil SME dan sebagainya bankrap disebabkan oleh Saudara Anwar.

Kita bercakap mudah bila kita di luar, tetapi hakikat yang sebenarnya tidak semudah dapat kita hayati dalam keadaan yang sebenarnya dalam negara kita pada hari ini. Tetapi percayalah sebagaimana yang saya katakan tadi, dalam kesusahan yang ada sekarang rakyat cukup makan.
Kalau disebutkan tentang soal kebocoran dan sebagainya, kita cubalah lihat, Saudara Anwar cubalah lihat bandingkan statistik yang ada sekarang ini, semua negara-negara yang dianggap murah minyaknya juga mengalami keadaan inflasi yang tinggi kecuali boleh dibuktikan satu negara yang memberikan subsidi yang tinggi, inflasinya tidak berlaku, tunjuk dan buktikan, Iran, Venezuela, Saudi Arabia, Qatar semua ini negara-negara minyaknya tetapi inflasinya adalah jauh lebih tinggi daripada Malaysia.
Sebab itulah saya katakan bahawa jangan kita sempitkan pemikiran kita dalam mengelirukan rakyat semua.

PERANTARA: Sekarang, saya mempersilakan Dato’ Ahmad Shabery mengajukan soalan kepada Dato’ Seri Anwar.

YB DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Soalan saya mudah sahaja. Kalau kita mengajar rakyat kita dengan harga yang murah walaupun pada hakikatnya harga minyak antarabangsa adalah tinggi, tahun 2015 kita akan menjadi nett importer. Mungkin beberapa tahun lagi kita tidak akan ada minyak lagi. Apakah subsidi begini akan diteruskan? Atau pada waktu itu baru nak naik mendadak serta merta daripada apa yang ada sekarang?

PERANTARA: Silakan Dato’ Seri Anwar.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Ya, terima kasih. Sekurang-kurangnya, soalan itu tadi kembali kepada mauduk. Yang lain itu, soal demonstrasi 1974 belum habis demam pun lagi.

Saudara, siapa yang bagi angka kata ada deflation? Ada kehausan sumber minyak pada 2015? Cuba kalau baca betul-betul laporan PETRONAS. Disebut, mengikut perkiraan sekarang, seandainya 10 tahun dari sekarang tidak ada sama sekali telaga minyak yang baru, maka …, bacalah bagi habis. Maknanya, kapasiti tidak terencat.
20 tahun yang lalu atau 30 tahun yang lalu, kapasiti kita berakhir pada 2005. Keadaan itu berkembang. Baiknya PETRONAS ini, kerana dia tidak hanya memilih untuk cari gali dalam negara. Dia pilih luar negara untuk mencari sumber yang lain. Sebab itu, saya pertahankan PETRONAS.

Yang saya kritik ialah Kerajaan Barisan Nasional. Dia ada beza. Jadi, kalau Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Parlimen pun tak faham, problem kita. Soalnya, sekarang, kita bincang minyak. Tapi, pengurusan Kerajaan, kebocoran. Saya boleh bagi contoh, bukan saya bagi perkara yang tidak bertanggungjawab. Betul, IPP itu diluluskan di zaman saya menjadi Menteri Kewangan. Tapi, saudara harus honest to the truth.
Jangan bohong. Saudara boleh semak rekod. Semak surat Tan Sri Ani Arof, Pengerusi TNB. Dia pertahankan keputusan Kementerian Kewangan, dia bercanggah dengan EPU dan keputusan Perdana Menteri pada ketika itu.

Saya mempersilakan Saudara semak balik. Kita tidak bersetuju dengan harga yang ditetapkan. Itu sebabnya, mengapa Tan Sri Ani Arof meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi TNB. Betul. Tetapi, tak mengapalah. Dato’ Shabery kata Anwar salah. Tetapi, tahun 1990. Dan kamu buat apa tahun 2008 ini? Sekarang ini, dalam keadaan permulaan perjanjian IPP, rizab kapasiti 10, 15 tahun dulu, sekarang, kita teliti balik.
Untung IPP ini berbilion dan PETRONAS itu kerugian, termasuk TNB kerana beban perjanjian IPP. Sebab itu harus diteliti semula. Saya menganggarkan, kalau diteliti semula selain RM2 bilion rizab kapasiti kita boleh jimatkan RM1 bilion lagi. Dari kadar RM3 bilion, kita hanya perlu RM2 bilion.

Tengok, bagaimana Kerajaan uruskan pembelian diesel. Diesel yang bocor, penyeludupan, dan penyelewengan, berapa? RM700 juta setahun. Kemudian, Kerajaan tubuh syarikat kroni, Teras Kimia, RM117 juta. Sudahlah rugi RM700 juta, ambil syarikat geng dia, bantu pula RM100 juta. Rakyat? Jadi, ini sebab Saudara, saya minta dengan baik, ikhlas, betulkan ini. Kalau kita dapat jimatkan yang ini, setiap proses satu persatu, kita boleh jimatkan. Ini disebut tiris dan bocor. Sekiranya ini dapat dilakukan, kita lihat ini dari segi kerangka ekonomi makro keseluruhannya.

Saudara boleh bangkitkan, umpamanya, ini pendekatan naik minyak mendadak, cadangan siapa? Ini preskripsi IMF World Bank. Dan beri satu contoh. Jangan guna ini sebagai istilah politik biasa. Saya sedia tepat, soal krisis ekonomi 1997, 1998 dengan pakar ekonomi lain pun tak apa. Tetapi, dengan syarat, bagi ruang. Bahawa adalah satu fitnah besar seperti fitnah berterusan terhadap saya bahawa kita tunduk kepada prinsip IMF.

Saudara, tidak mengapa. Soalnya sekarang, kita beri satu kebocoran yang saya sebutkan tadi. PETRONAS umumkan, ada dividen khas selain daripada beberapa bilion tadi ni, dividen khas tahun ini kepada Kerajaan sebanyak RM6 bilion. Tak bolehkah saya ambil RM1 bilion untuk tampung, supaya kos minyak turun 50 sen?

Apa, bagi Ahli-ahli Yang Berhormat, berat sangat ke? Allah, bagaimanakah, takut bayangkan Kerajaan nak bagi RM1 bilion. RM1 bilion, untuk redakan masalah ini. Saudara percayalah, dua bulan, tiga bulan sekarang. Ini bukan soal penangan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat satu wadah. Ini soal, rakyat. Kalau kita nak teruskan kebijakan ekonomi, sekarang ini, apa yang akan berlaku ialah kemelesetan, pengangguran yang sekarang setengah juta akan mencecah hampir 1 juta orang. Ini beban kepada rakyat.

PERANTARA: Terima kasih, Dato’ Seri. Saudara penonton yang saya hormati sekalian. Demikian tadi berakhirnya segmen yang kedua dalam perbincangan kita pada malam ini. Kita akan bertemu lagi selepas pesanan iklan ini. Jangan ke mana-mana.

PERANTARA: Saudara penonton yang saya hormati sekalian, saudara sedang mengikuti Debat AgendaDaily. Dua pendebat yang di undang ialah YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Judul perdebatan kita pada hari ialah ‘Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak’. Kita sampai kepada pusingan yang kedua terakhir. Saya akan mengemukakan soalan ini, pertama kepada Dato’ Seri Anwar dan kemudian akan dijawab oleh Dato’ Ahmad Shabery Cheek.

Soalan saya ialah, Dato’ Seri, rasanya tidak perlulah jadi Perdana Menteri untuk membantu meringankan beban rakyat. Kenapa tidak sumbangkan idea bernas untuk tujuan itu pada masa ini. Tanpa perlu, misalnya cakap-cakap mengenai menukar Kerajaan. Silakan.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Terima kasih. Ini yang sebab saya ikut serta ni. Saya bukan Perdana Menteri, bahkan nasib saya satu dua hari ini, belum tentu ke mana. Tetapi saya memilih untuk hadir kerana saya rasa, Kerajaan juga, kawan-kawan saya dalam UMNO dan Barisan Nasional harus beri peluang untuk dengar.
Ini bukan satu soal yang partisan hanya khusus untuk Pakatan Rakyat. Kalau cadangan ini diterima dan dilaksanakan, kita akan menyokong tindakan mereka. Tetapi soalnya sekarang ialah apakah ada kesediaan pemimpin-pemimpin Kerajaan dengar dan cuba melaksanakan.

Saudara Johan, Profesor Arif, MIER, umpamanya menyebut, Februari 2006 naik 30 sen, inflasi bulan berikutnya 4.8%. Sekarang naik mendadak, belum sempat satu bulan, naiknya 8%. Jadi jangan sibuk perhati di Iran dan Venezuela, kita pun sudah menuju cepat ke arah itu. Bezanya dia harga minyak rendah, inflasi tinggi.
Kita, harga minyak tinggi, inflasi lagi tinggi. Ini bukan boleh sudah dikatakan populis atau tidak, saya bimbang kerana, kalau kita tidak membawa arah baru dalam pengurusan ekonomi negara, lebih baik, lebih mendekati prinsip ekonomi pasaran, lebih meyakinkan dengan pengurusan yang cekap, lebih bersih kepada daripada kebocoran, ketirisan dan rasuah. Lebih menghormati rule of law dan negara hukum. Ini semua akan menjejaskan.
Kita tewas dengan persaingan kita, dengan banyak negara. Jangan banding dengan Somalia dan Zimbabwe. Bandingkan dengan negara-negara yang dulu kita setara. Singapura, Taiwan, Korea Selatan dan negara di ASEAN sendiri. Mengapa kita tewas? Dari segi pelaburan asing, dari segi daya saing. Ini semua ada kesan bila kita ambil apa-apa kebijakan ekonomi.
Saya masih yakin, Malaysia dengan kekuatan yang ada, sumber, termasuk kekuatan dari minyak dari petroleum, itu mempunyai potensi yang besar. Dengan syarat pengurusan Kerajaan itu cekap dan bersih dan sedia mendengar dan mengorak cepat untuk bersaing dengan negara-negara lain.

PERANTARA: Terima kasih Dato’ Seri. Silakan Dato’.

DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Ya. Kalau tadi IPP dia salahkan Dr Mahathir, tapi selepas itu saya pernah mendengar Saudara Anwar cakap, Dr Mahathir pemimpin yang paling hebat. Pernah dia kata, kalau boleh dipintal awan di langit, akan ku pintal dengan nama Dr Mahathir dan Siti Hasmah pada waktu itu.
Ada orang kalau dia tak setuju, dia letak jawatan pada waktu itu. Tapi kalau saya katakan populisnya begini. Kalau sebelum pilihan raya, dia katakan bahawa, kalau memerintah sebelum pilihan raya nak turun bawah daripada RM1.92. Sepatutnya tidak timbul sekarang ini nak bercakap di bawah 50 sen sahaja daripada harga yang ada sekarang.

Kita mesti kembali pada asas. Ucapan ini dibuat berasaskan kepada ucapan sebelum pilihan raya. Sebelum pilihan raya. Kalau langkah awal, langkah seterusnya semakin murah semakin murah, di waktu harga minyak semakin mahal semakin mahal. Apakah kita bercakap harga minyak di Malaysia semakin murah semakin murah ertinya kita akan membebankan Negara dengan subsidi yang lebih tinggi dan ini sama sekali bertentangan dengan mana-mana prinsip ekonomi yang sihat.

Kalau kita tidak mengikut prinsip ekonomi yang sihat, kita akan menyebabkan Negara kita akan terus dibebankan dengan beban baru. Adakah kita hendak berhutang selepas ini? Dan kalau kita berhutang, dengan siapa kita hendak berhutang?
Kalau tidak dengan peminjam-peminjam atau ‘ah long-ah long’ antarabangsa. Sebab itulah kalau dikatakan tentang menggunakan wang PETRONAS, misalnya. Tahu tidak, daripada apa yang Kerajaan dapat sekarang ini, sebenarnya daripada keuntungan PETRONAS Berhad. Jangan kita cakap tentang PETRONAS Group atau Kumpulan PETRONAS yang termasuk Cari Gali, PETRONAS Dagang dan sebagainya yang melibatkan saham-saham orang lain.

Daripada keuntungan PETRONAS itu, sebenarnya yang telah diberi kepada Kerajaan ialah sebanyak 91% telah diberikan. Apa lagi yang hendak kita ambil dari PETRONAS selepas ini? Dan kita kena ingat bahawa PETRONAS kuat dan maju sekarang ini dan selama ini, kerana siapa? Kalau tidak kerana Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.
Apakah kita hendak nafikan kehebatan yang dibuat oleh PETRONAS selama ini adalah kerana dorongan yang diberikan oleh Kerajaan. Kita tidak bebankan PETRONAS, kita benarkan PETRONAS untuk melabur kembali dan kita tidak mengambil segala-galanya yang ada pada PETRONAS.
Kalau dikatakan penyalahgunaan kuasa, selalu saya beritahu tadi, ianya kalau kita terpisah daripada negara-negara lain hanya negara kita saja yang minyaknya naik, boleh kita katakan demikian. Tetapi kita menerima realiti dan hakikat, masalah ini adalah masalah global yang tidak boleh kita lari.

PERANTARA: Kita sampai kepada pusingan akhir, saya mempersilakan Dato’ Seri Anwar untuk membuat penggulungan. Kita ada waktu yang cukup terbatas, kira-kira satu setengah minit. Silakan.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Terima kasih. Di antara negara pengeksport minyak, harga minyak di Malaysia keterlaluan tinggi. Itu faktanya. Tidak saya mahu bandingkan dengan Venezuela. Itu yang pertama.
Kedua, harga minyak memang tidak menentu. Tetapi berapa ramai kajian dan pakar minyak menyebut sudah ada break point. Atau besar kemungkinan harga minyak itu menetap dan mula menurun.
Ketiga, kita mengemukakan cadangan ini, gagasan ini dengan penuh tanggung jawab. Kerana kita mahu ekonomi kita kukuh, kerana saya yakin di bawah pimpinan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, belum tentu sampai bila, kalau diteruskan dengan dasar yang ada sekarang, dalam tempoh dua bulan atau tiga bulan lagi, kedudukan ekonomi kita akan jauh lebih parah daripada kedudukan yang parah sebelumnya. Ini kenyataannya. Saudara tidak setuju, tidak apa.
Tapi saya minta teliti dengan baik dan objektif. Sebab itu saya komited, Insya Allah, kita dalam Pakatan Rakyat akan terus menjelaskan kepada rakyat dan saya sebab itu, saya tidak mahu hak saya dinafikan dan untuk meneruskan agenda ini walaupun Saudara Shabery memilih untuk menyerang secara peribadi, saya tidak mahu jawab. Kerana ini bukan ruangnya. Kerana ruang dia di RTM masih banyak lagi.
Dan saya tidak mempunyai ruang selepas ini. Tetapi percaya, fitnah ke, khianat ke, ada batasnya. Saya diberikan sebaik ada pilihan, Insya Allah saya akan bertanding dalam pilihan raya dalam masa sesingkat yang mungkin.

PERANTARA: Saya minta Dato’ Ahmad Shabery.

YB DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Percayalah. Kalau kita perhatikan bahawa, Saudara Anwar tidak berubah seperti dulu. Dalam sejarah yang banyak memberi sumbangan kepada Negara untuk membina PETRONAS daripada apa yang ada sekarang, sebaik-baiknya kepada satu syarikat yang mencapai tahap yang begitu tinggi sekali.
Kalau dahulu, orang yang membina PETRONAS seperti Tun Razak, sudah ditentang. Tun Mahathir yang mengembangkan PETRONAS sampai ke peringkat dunia, ditentang juga. Kita selalu sebutkan bahawa pada waktu sekarang Pak Lah tidak mengambil lebih daripada apa yang sepatutnya. Maka tidak ada sebab untuk kita menentang.
Dan apakah kita nak sekarang ini, dalam keadaan sekarang ini, kita terus hendak mainkan sentimen-sentimen mengajak orang ke jalan raya sebagaimana yang dibuat dalam tahun 1974 dahulu, akan menyelesaikan masalah kita. Dan kita ingat, kalau ingin kita terus menyebabkan menekankan supaya wang yang banyak diambil daripada PETRONAS misalnya, untuk membantu mensubsidi negara kita, maka kita akan katakan bahawa kita membenarkan ia menjadi semakin miskin dan mungkin kita hendak membenarkan orang lain akan mengambil PETRONAS satu masa nanti.

Percayalah dalam soal ini, kita lihatlah dalam negara-negara lain, Malaysia adalah negara yang terbaik. Growth atau pertumbuhan kita kekal ke angka 6% setahun lebih baik daripada banyak negara yang ada di sekitar sini. Saya percaya, bahawa perdebatan sebegini rupa adalah bukti keterbukaan Kerajaan kita yang ada sekarang yang tidak mungkin diperoleh sewaktu Saudara Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri, satu ketika dahulu.

PERANTARA: Terima kasih Dato’ Ahmad Shabery. Demikian tadi saudara penonton yang saya hormati sekalian, berakhirnya Debat AgendaDaily dengan membawa tajuk ‘Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak’. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan yang bersedia berdebat dengan isu ini. Kepada kedua-dua wakil pendebat Tan Sri Datuk Dr Nordin Kardi dan Saudara Zulkifli Sulong, saya ucapkan terima kasih. Semoga kita mendapat manfaat dengan pertemuan ini. Saya akhiri dengan Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat malam.

Friday, July 18, 2008

Deklarasi Rakyat 2008 : Untuk Tatapan Pemimpin2 BN

Kalau anda tidak mampu memimpin negara
tolonglah letak jawatan dan turun segera

Negara ini bukan milik anda
bukan milik UMNO
bukan milik BN
bukan milik Pak Lah
Bukan milik Najib
bukan milik Mahathir
bukan milik Pak Menteri
bukan milik Ahli Parlimen BN yg dungu

Negara ini milik RAKYAT WARGA NEGARA MALAYSIA
jangan berlagak Tuan/Boss/Taiko di negara kita
kita amanahkan negara ini kepada anda
bukan untuk anda mengaut keuntungan peribadi
bukan berlagak pandai sedangkan anda bodoh
bukan untuk menjadi samseng berlesen
bukan untuk anda memperbodohkan rakyat
bukan untuk anda wariskan kuasa dari generasi ke genarasi
(aka… negara ini bukan milik kepala bapak kamu atau kepala bapak mentua kamu)
bukan untuk anda merampas harta warisan negara
sedangkan rakyat teraniaya dan sengsara

Tugas anda adalah berkhidmat kepada rakyat
bukan mencabuli rakyat
belum puaskah kamu meratah setiap inci tubuh tanah tumpahku
belum puaskah kamu meliwat kesempitan rakyat yg mengerang kesakitan

Mengapa rakyat negara ini diliwat setiap hari
barang naik petrol naik disuruh jilat sendiri
ubi dicadang sebagai makanan ruji
sedangkan kamu makan mewah setiap hari

Mengapa anda tidak cadangkan
agar semua menteri naik bas naik teksi
kayuh basikal angkat besi
tinggal di flat dan pangsapuri

Mengapa anda tidak cadangkan
agar semua ahli parlimen BN
pulang ke rumah tanam sayur
kerana kita tidak perlukan boneka parti
kita mahu suara rakyat yg pasti

Aku nak tanya
rakyat miskin tak apa
menteri kaya memang lumrah ke?

Kalau nak kaya jadi ahli koporat
jangan jadi menteri
tugas menteri bukan untuk kekayaan sendiri

Kalau nak memperdodohkan rakyat dengan ilusi
jangan jadi menteri
jadi ahli silap mata ilusi

Wednesday, July 16, 2008

Debat Berjalan Lancar

Saya ucap syabas kepada Agenda Daily kerana berjaya menganjurkan debat hari ini, juga sekalung penghargaan buat saudara Datuk Johan Jaafar selaku moderator serta Datuk Ahmad Shabery Cheek. Tidak lupa juga ucapan tahniah buat pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana kesediaan menyediakan ruang untuk perdebatan tadi.

Saya terkejut tatkala tiba di bangunan DBP kerana terdapat polis dan pasukan pencegah rusuhan. Saya sedikit hiba melihat mereka terpaksa bertugas sehingga lewat malam demi menutup pembohongan yang dicipta oleh para penguasa yang rakus dan tamak.

Debat tetap berlangsung pada ketika saya mungkin ditahan oleh pihak polis bila-bila masa sahaja. Sudah tentu saya merasakan tekanan yang berat akan tetapi ini adalah peluang terbaik bagi saya untuk menyampaikan mesej kepada rakyat Malaysia bahawa adalah tidak mustahil untuk menurunkan harga minyak!

Mekanisme yang kita tawarkan ternyata bukanlah satu yang mustahil sebenarnya:

  1. Untuk menurunkan harga petrol sebanyak 50 sen kita hanya memerlukan tambahan RM5 bilion sahaja keatas subsidi yang telahpun diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini.
  2. Kita mempunyai maklumat bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai “excess capacity” yang melebihi 1000 MW. Ini adalah bekalan simpanan yang tidak digunakan. Ia boleh kita turunkan dan akan menjimatkan kos kepada TNB dan juga mengurangkan penggunaan bahan bakar untuk menjana elektrik. Penjimatan kos TNB ini memungkinkan kita menyemak kembali tarif elektrik. Pengurangan penggunaan bahan bakar pula membolehkan kita menyalurkan subsidi bahan bakar yang diperuntukkan untuk syarikat penjana kuasa bebas (IPP) bagi menjana tenaga elektrik kepada subsidi minyak untuk rakyat jelata.
  3. Pembanterasan korupsi dan rasuah juga memastikan tiada lagi ketirisan berlaku. (Morgan Stanley menunjukkan RM330 bilion (USD90 bilion) telah lesap kerana amalan rasuah yang berleluasa.

Pendirian Pakatan Rakyat adalah jelas iaitu sebuah kerajaan yang bertanggungjawab adalah sebuah kerajaan yang cuba sedaya upaya untuk meringankan beban rakyat seluruhnya. Negara kita berhadapan dengan kadar inflasi yang tinggi akibat kenaikan harga minyak secara mendadak. Ini menyebabkan pertumbuhan ekonomi merencat sekaligus menyusahkan rakyat kerana harga barang seperti gula, tepung, minyak masak dan beras naik.

Oleh itu kita berpendapat sangat penting untuk menurunkan harga minyak agar tidak membebankan rakyat terbanyak. Pendirian kita jelas iaitu korupsi harus diperangi, ketelusan harus menjadi amalan dan ketirisan wajib segera dibaiki!

ANWAR IBRAHIM

Friday, July 4, 2008

Tok Guru Minta Anwar bersabar

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Harakah) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengunjungi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Anwar di Petaling Jaya jam 4.00 petang tadi.

Dalam pertemuan dua mata itu antaranya Tuan Guru Nik Aziz melahirkan keprihatinan beliau terhadap apa yang berlaku (tuduhan liwat), kata Anwar ketika mengulas pertemuan tersebut.

Ujar Anwar Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan turut melahirkan rasa kesalnya dengan taktik kotor dan berterusan yang dihadapi kini.

“Tuan Guru berkata kepada saya, supaya sabar dan katanya adatlah seumpama ‘pohon tinggi maka gelobang laut atau angin yang datang ia akan terkena juga’ sabarlah dalam hadapinya,” katanya.

Anwar mengucapkan terima kasih kepada kesudian Tuan Guru Nik Aziz mengunjunginya tatkala Ketua Umum KeADILan itu berhadapan dengan dugaan tersebut.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz bertemu kira-kira 45 minit dengan Anwar dan meninggalkan pejabat Anwar pada jam 4.50 petang.

Menteri Besar Kelantan itu yang datang dengan jubah putihnya ditemani dengan pemandu dan beberapa orang pegawainya, sementara Anwar turut ditemani Naib Presiden, Sivarasa Rasiah.

Lagi komen Tok Guru - Klik Sini
Sumber : Blog Anwar Ibrahim

Tuesday, July 1, 2008

Siapa Mohd Saiful Bukhari Azlan yang sebenarnya?



Kenyataan rasmi Anwar Ibrahim mengenai tuduhan liwat
Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal hari ini adalah satu rekaan semata-mata. Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya seperti pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.

Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99. Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya. Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.

Rakan-rakanku rakyat Malaysia - kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat. Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian.

ANWAR IBRAHIM

Ini pula statement si Saiful Bukhari;

“Saya Mohd Saiful Bukhari B Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR.”

Konspirasi Siapa


Bagaimana Konspirasi Untuk Menjatuhkan DS Anwar Ibrahim Dirancang?


Siapa Pembohong?
1999 - Dr. Mahathir Bohong
2004 - Pak Lah Bohong
2008 - Khairi Jamaludin Bohong



Link : Betulkah Saiful kena liwat?

Pengakuan Mahathir Bahawa Anwar Dizalimi

Lihat video mengenai pengakuan Mahathir mengenai penyalahan kuasa, korupsi dan politik wang dalam UMNO. Dan juga pengakuan bahawa DS Anwar Ibrahim sebenarnya teah dizalimi sewaktu dipenjara pada tahun 1998.



AYUH ! REFORMASI....

ALLAH HU AKBAR !!!

Friday, January 4, 2008

Apa Nak Jadi Dengan Rakyat Malaysia Menjelang Tahun Baru?

Sudah empat hari kita melangkah ke tahun baru 2008 Masihi dan pada Khamis minggu depan pula kita akan menyambut tahun baru 1429 Hijrah. Kita semua kerap menggunakan tarikh Masihi berbanding tahun Hijrah sedangkan ia sangat berkait rapat dengan kita.

Kehadiran 2008 disambut penuh gemilang, dengan pelbagai program tetapi bagaimana pula sambutan terhadap kehadiran tahun Hijrah?

Tahun baru yang kita sambut bersandarkan kepada Kalendar Miladiah yang berasaskan kedudukan matahari. Tahun Miladiah atau Masihi atau Gregorian berasal daripada Kalendar Julian 'Julius Caesar' yang diperkenalkan sejak tahun 45 BC.

Kalender Gregorian hanya mula digunakan secara rasmi pada 1582 selepas melalui beberapa pengubahsuaian oleh Pope Greogory. Tahun Baru Hijrah bersandarkan Takwim Hijrah mula diperkenalkan ketika pemerintahan Khalifah Islam kedua, Saidina Umar Ibn al-Khattab dalam tahun 638 Miladiah.

Takwim Hijrah dipilih bersempena penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari Makkah Mukarramah ke Madinah Munawwarah. Awal Muharam tahun pertama hijrah bersamaan dengan 16 Julai 622 Miladiah.

Sama ada kita menyambut Tahun Baru Miladiah (Tahun Baru) atau pun Tahun Hijrah (Awal Muharam), keduanya membawa satu penekanan iaitu kita akan meninggalkan tahun terdahulu dan menuju ke tahun yang baru.

Kebiasaannya masyarakat kita membincangkan mengenai azam baru, ingin mengubah diri daripada tidak baik kepada baik dan yang sudah baik kepada menjadi lebih baik.

Boleh dikatakan setiap kali menyambut tahun baru, hijrah diri dilakukan dengan bermuhasabah atau penilaian diri selari tuntutan agama yang menganjurkan manusia melakukan perubahan atau pembaharuan positif memperbaiki aqidah, akhlak, amal, ilmu dan sebagainya bagi mencapai taraf hidup lebih baik serta diredai Allah.

Dengan kata lain hijrah adalah tuntutan agama yang menghendaki manusia supaya berpindah daripada belenggu Jahiliah kepada Islam, kemunduran kepada kemajuan, hidup berpuak dan bermusuhan kepada hidup bersaudara dan bersatu padu.

Ini selaras hadis Rasulullah SAW daripada Abdullah bin Habsyi yang bermaksud: "Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah."

Setiap tahun kita menyambut perayaan tahun baru dengan mengatur pelbagai acara menarik dalam suasana gilang-gemilang. Kawasan tertentu di bandar besar seperti di Kuala Lumpur dihiasi dengan cahaya neon dan menjadi tempat berkumpul beramai-ramai bagi menghitung detik 12 malam.

Tahun Baru diraikan dengan perasaan suka ria dan penuh keceriaan. Lazimnya, pada sambutan tahun baru kita akan melihat anak muda bergaul bebas tanpa batasan, berpesta hingga ke pagi.

Sama ada kita sedar atau tidak, tahun baru yang dianjurkan setiap tahun sebahagiannya tidak selaras dengan kehendak Islam serta menyimpang daripada syariat dan adat kesopanan.

Soalnya, adakah kita mahu setiap kali tibanya tahun baru anak muda kita terpesona serta lalai sehingga melewati batas sepatutnya? Untuk itu marilah kita bersama berganding bahu dan bekerjasama supaya sambutan tahun ini disambut dengan cara lebih baik dan sempurna.

Kerajaan sama ada melalui pihak berkuasa tempatan atau agensinya, badan berkanun, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya boleh menggembleng tenaga dengan merancang dan mengadakan program atau aktiviti berbentuk ilmiah seperti forum, seminar, diskusi dan ceramah.

Sewajarnya tahun baru menjadi titik permulaan untuk kita menilai diri, keluarga, masyarakat, negeri dan negara dan bukan sebagai landasan terbabit dengan keramaian yang membazir, berpesta hingga melalaikan diri serta mengandungi unsur menyimpang daripada ajaran agama yang sebenar.

Menilai diri penting bagi melahirkan seorang individu yang bertakwa serta berperibadi mulia. Menilai keluarga juga penting bagi melahirkan keluarga bertakwa dan bahagia. Dengan kukuhnya institusi keluarga maka kukuhlah institusi masyarakat sesebuah negeri atau negara.

Anak perlu dididik dengan didikan agama, bukannya mengejar keinginan dan kepuasan hidup semata-mata kerana ia boleh merosakkan serta memusnahkan hidup dan masa depan mereka.

Anak kita adalah generasi muda yang bakal mewarisi kepemimpinan negara. Malah generasi muda hari ini adalah golongan yang bertanggungjawab memastikan agenda Islam serta agenda negara dapat dipertahankan.

Sehubungan itu, generasi muda terutama golongan pelajar seharusnya tidak menghabiskan masa muda dengan kegiatan dan aktiviti tidak bermanfaat. Pergunakanlah masa muda untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran supaya tahu berdikari demi kebaikan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Ketika menyambut tahun baru, kita hendaklah mengawasi gerak-geri anak supaya tidak menyimpang ke jalan yang tidak diredai Allah. Selain itu, kita perlu menilai diri supaya tidak tersesat ke jalan yang mungkar dengan meningkatkan keazaman dan kekuatan untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Semua itu dilakukan melalui amal ibadat untuk menimba dan menguasai ilmu pengetahuan serta kemahiran di samping sentiasa bersedia menghadapi serta menerima perubahan yang berlaku dengan dada terbuka.

INTI PATI
  • Lazimnya, pada sambutan tahun baru kita akan melihat anak muda bergaul bebas tanpa batasan, berpesta hingga ke pagi.
  • Kerajaan, badan berkanun, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya boleh menggembleng tenaga dengan merancang dan mengadakan program berbentuk ilmiah seperti forum, seminar, diskusi dan ceramah.
  • Menilai diri penting bagi melahirkan seorang individu yang bertakwa serta berperibadi mulia.
  • Pergunakan masa muda untuk meningkatkan pengetahuan supaya tahu berdikari demi kebaikan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Thursday, January 3, 2008

Pengampu MCA Johor Beri Sokongan

LABIS: Meskipun diselubungi kontroversi adegan ranjangnya bersama ‘teman peribadi’ disebarkan melalui rakaman cakera video digital (DVD), Datuk Seri Dr Chua Soi Lek didakwa masih mendapat sokongan padu ahli MCA Johor.

Timbalan Pengerusinya, Tan Kok Hong, berkata MCA Johor memberi sokongan penuh dan berdiri teguh di belakang Menteri Kesihatan itu selepas membuat pengakuan dialah individu dalam rakaman DVD yang tersebar di sini, sejak beberapa hari lalu itu.

Katanya, rakaman dan penyebaran rakaman itu taktik kotor pihak tertentu yang iri hati dengan rekod Dr Chua sepanjang empat tahun menjadi Ahli Parlimen Labis yang dianggap sudah cukup membuktikan kemampuannya sebagai pemimpin.

“Dia pemimpin yang disukai dan senang didekati. Parti akan menyokongnya untuk menjadi calon pilihan raya semula. MCA akan terus berdiri teguh di belakang Dr Chua,” katanya yang disambut tepukan gemuruh lebih 150 penyokong dan ahli MCA yang turut serta dalam sidang akhbar Dr Chua di Pejabat MCA Bahagian Labis di sini semalam.

Tan berkata, perbuatan merakam dan menyebar DVD itu tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia dianggap menceroboh peribadi orang lain.

“Ini taktik kotor politik yang tidak patut dilihat dan dibiarkan. Jangan biarkan ada lagi yang terkena. Ini (perbuatan) menceroboh peribadi orang dan mesti ditegah,” katanya.

Tan berkata, MCA Bahagian Labis di bawah kepemimpinannya menyerahkan kes itu kepada polis dan berharap perkara itu tidak berulang.

Sementara itu, Ketua Umno bahagian Labis, Datuk Sulaiman Taha yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenang, yakin kes Dr Chua tidak akan menjejaskan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN).

“Saya yakin ia tidak akan mengganggu atau menghalang pengundi Labis terus memberi sokongan kepada Dr Chua sebagai calon BN pada pilihan raya umum akan datang. Isu itu tidak akan mengganggu dan tidak akan menjejaskan sokongan BN,” katanya.

Katanya, walaupun sedih dengan kejadian itu, pada masa sama beliau melihat keikhlasan Dr Chua apabila tidak menafikan perbuatannya dan tidak menyalahkan sesiapa mengenai kejadian berkenaan.

“Sebagai manusia kita pasti kecewa apabila peribadi kita diganggu, tetapi Dr Chua tidak menafi atau menyalahkan orang lain. Jika ini bermotif politik (penyebaran DVD) inilah hebatnya MCA dan BN,” katanya.

Rujukan : Utusan Malaysia

P/S : Lepas ni JAKIM tak payah nak serbu orang berkhalwat / orang buat seks haram kerana itu adalah mencabuli hak asasi manusia. Begitu ka? Akal depa ni letak kat lutut kot? Polis pun bukan nak tangkap pesalah, tapi nak tangkap pembela rakyat / pemberi maklumat / mereka yang memperjuangkan keadilan tanpa mengira kaum, status dan agama. Ibarat menaiki sebuah keretapi, kalau kepala masuk lorong silap, semua ikut sekali. Ini la yang dikatakan bersatu dalam UMNO. Ketua buat silap, semua turut bela. Akal yang waras letak kat mana tak tau? Ini bukan pasal menceroboh peribadi orang, ini pasal setiap pemimpin adalah moral kepada rakyat. Kalau moral pemimpin di tahap yang 'sangat rendah', rakyat kena tahu dan menilai sendiri tanpa 'hasutan' BN. Tak payah la nak hasut / takutkan rakyat kerana rakyat la ni dah makin pandai.

Wednesday, January 2, 2008

Pengakuan Menteri Kesihatan, Dato Chua Soi Lek

Dr Chua mengaku lelaki dalam video seks

SEGAMAT: "Sayalah orangnya," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (gambar) ketika mengaku beliau adalah individu dalam rakaman cakera video digital (DVD) aksi seks seorang lelaki dengan wanita, yang kini tersebar luas di Johor.

"Saya ingin menjelaskan bahawa saya adalah lelaki dalam rakaman itu dan wanita berkenaan adalah kawan saya," kata Dr Chua yang menyambut ulang tahun kelahirannya ke-61 hari ini, pada sidang media khas di pejabat MCA Bahagian Labis, semalam.

Beliau yang juga Naib Presiden MCA dan Ahli Parlimen Labis, kelihatan tenang ketika membacakan kenyataan bertulis dan menjawab soalan wartawan sepanjang sidang media selama kira-kira 20 minit yang turut dihadiri 150 penyokongnya itu.

"Saya tidak membuat sendiri rakaman (DVD) itu. Siapa yang merakamnya tidak penting bagi saya. Apa yang lebih penting ialah keluarga, isteri dan anak-anak sudah menerima permohonan maaf saya," katanya.

Dr Chua menjelaskan, beliau secara peribadi sudah menemui dan memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting, mengenai perkara itu kelmarin.

Ditanya apa reaksi mereka, beliau berkata: "Saya sudah sudah jumpa Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Presiden MCA... apa reaksinya eloklah kamu sendiri berjumpa dengan mereka kerana saya tidak boleh memberi pandangan mereka terhadap saya".

Beliau turut memohon maaf kepada semua rakan seperjuangan, penyokong dan rakyat Malaysia serta berterima kasih terhadap mereka yang menunjukkan prihatin serta sokongan melalui panggilan telefon dan SMS yang dihantar kepadanya.

Dr Chua yang enggan mendedahkan tarikh dan lokasi rakaman DVD itu dibuat serta identiti pasangannya dalam rakaman berkenaan turut merayu kepada media supaya memberi ruang kepadanya dan keluarga untuk menghadapi tempoh sukar ini.

Katanya, beliau belum memikirkan tindakannya selepas membuat pengakuan itu dan menyerahkan kes berkenaan kepada polis yang mengumumkan sudah memulakan siasatan mengenainya kelmarin.

"Saya akan fikirkan dan memberi perhatian serius (sama ada mahu membuat laporan polis) mengenainya. Parti juga tidak membuat laporan polis," katanya.

Mengenai masa depan kerjaya politiknya selepas pengakuan itu, Dr Chua berkata beliau enggan membuat sebarang spekulasi, sebaliknya menyerahkan kepada ahli parti, pemimpin dan rakyat Malaysia untuk menjadi pengadil.

Ditanya kedudukannya dalam Kabinet, beliau berkata: "Kedudukan saya macam biasa dan semua menteri dalam Kabinet berkhidmat atas kehendak serta kepercayaan Perdana Menteri".

Dr Chua berkata, beliau mendapat tahu mengenai penyebaran rakaman DVD yang mengandungi aksi hubungan seksnya dengan wanita itu pagi Ahad lalu serta sudah menonton sendiri rakaman itu melalui salinan DVD yang diperoleh daripada rakannya.

Menjawab pertanyaan sama ada beliau tahu dalang yang membuat rakaman itu terutama jika ia membabitkan musuh politiknya, Dr Chua berkata, beliau tidak tahu tujuan rakaman itu dibuat dan ia tidak penting baginya.

"Saya tidak akan membuat spekulasi siapa yang menyebarkannya. Itu tidak penting bagi saya," katanya yang enggan mengulas mengenai perasaannya selepas salinan DVD itu tersebar serta meminta media menyiarkan kenyataan bertulisnya.

Mengenai reaksi keluarganya selepas pengakuan itu, Dr Chua berkata isteri dan keluarganya akan membuat kenyataan berasingan tetapi menegaskan mereka semua menyokong beliau dan tidak timbul masalah.

Dr Chua berkata, beliau juga akan terus menjalankan tugasnya seperti biasa dan kes berkenaan tidak akan mengubah jadual tugasnya sebagai seorang menteri, Ahli Parlimen atau pemimpin parti.

Malah, sidang akhbar itu dibuat selepas beliau selesai menghadiri majlis lawatan rasmi ke Hospital Segamat dan selepas itu, menghadiri majlis perjumpaan bersama masyarakat India di Bekok, Labis.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Ketua Umno bahagian Labis yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenang, Datuk Sulaiman Taha serta Timbalan Ketua Perhubungan MCA Johor yang Adun Bekok, Tan Kok Hong.

PROFIL

Nama : Chua Soi Lek
Lahir: 2 Januari 1947
Asal: Batu Pahat, Johor
Isteri: Datin Seri Wong Sek Win
Anak: Chua Tee Joo, Chua Tee Yong, Chua Tee Ling

Pendidikan:
  • Sekolah Rendah Lim Poon, Johor (1954-1959)
  • Sekolah Menengah Tinggi Batu Pahat (1960-1965)
  • Sekolah Tinggi Muar, Johor (1966-1967)
  • Ijazah Perubatan Universiti Malaya (1968-1973)
Kerjaya:
  • Pegawai Perubatan, Hospital Daerah Batu Pahat (1974-1976)
  • Pengamal perubatan persendirian (1976)
  • Adun Penggaram, (1996-2004)
  • Ahli Majlis Eksekutif Kerajaan Johor (1990)
  • Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna Johor (1992)
  • Ahli Majlis Eksekutif Kerajaan Johor (1995)
  • Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Pelancongan Johor (1999-2004)
  • Ahli Parlimen Labis, Johor (2004 hingga kini)
  • Menteri Kesihatan (27 Mac 2004 hingga kini)
Politik:
  • Ketua MCA cawangan Zabedah Timur, Johor (1982)
  • Pengerusi MCA Bahagian Batu Pahat, Johor (1985)
  • Naib Pengerusi Badan Perhubungan MCA Johor (1986)
  • Timbalan Pengerusi MCA Johor (1993)
  • Ahli Jawatankuasa MCA Pusat (2002-2005)
  • Pengerusi Badan Perhubungan MCA Johor (2002)
  • Pengerusi MCA Johor (2003)
  • Ahli Lembaga Disiplin MCA (2004)
  • Ketua MCA Bahagian Batu Pahat (2005)
  • Naib Presiden MCA (2005 hingga kini)
  • Pengerusi Badan Perhubungan MCA Johor (2005 hingga kini)