Thursday, September 13, 2007

Konspirasi Menjatuhkan Politik Uncle Anwar

Agenda Ekonomi Malaysia

Di saat Malaysia menyambut 50 tahun kewujudannya sebagai sebuah negara merdeka kita perlu berdepan dengan persoalan yang paling getir. Mengapakah pada tahun yang penuh dengan acara sambutan gemilang, Malaysia sebenarnya telah menjadi sebuah negara Asia kelas ketiga? Beranikah kita berdepan dengan hakikat tersebut?

Kita terlalu diajak supaya asyik berpesta, terutama di kalangan generasi muda. Wacana bebas dihalang dan media dikongkong oleh golongan kaya yang menjaga kepentingan kelompok kecil penguasa. Malah iklim dan persekitaran bebas yang seharusnya tercerna dari ikrar keramat kemerdekaan diganti dengan puluhan undang-undang yang mengikat rakyat, mahasiswa dan pekerja, meneruskan strategi nakal penjajah membendung kebebasan dan kegiatan rakyat.

Justeru itu, sempena ulang tahun hari keramat negara merdeka kita sewajarnya merenungkan dengan akal fikiran terbuka sejajar dengan semangat bangsa merdeka dan bermaruah. Kerana sesungguhnya inilah juga menjadi intipati Pemasyhuran Kemerdekaan 31 0gos 1957 dan paksi gagasan negara Malaysia 1963 - mencipta negara liberal dan demokratik; menjunjung perlembagaan dan keluhuran undang-undang; menjamin kebebasan dan keadilan untuk rakyat.

Risalah PDF Agenda Ekonomi Baru boleh dimuat turun di sini:
http://www.civicbuilder.net/~keadilan/library/documents/AEB.pdf

Saya ingin merayu kpd sdr sdr utk membantu mengedar dengan apa cara jua yang dikira wajar.Inshaallah kita akan dapat menembusi tembok yang menghalang wacana bebas dan meneliti gagasan alternatif demi kesejajhteraan rakyat. Dukungan sdr sdr amat dihargai.

Dirgahayu..Selamatkan Malaysia!
Muat turun, sebar dan cetak kepada semua rakan-taulan anda!