Thursday, November 29, 2007

Bukti Penyelewengan Pilihan Raya Tidak Boleh Diabaikan

Penafian berterusan wujudnya penyelewengan pilihan raya oleh kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya akan menjejaskan lagi imej Malaysia yang telahpun tercemar selama ini..

Laporan Sham Democracy mencatatkan bagaimana persempadanan semula daerah mengundi, pengundi hantu, politik wang, akses media yang terhad dan faktor-faktor lain telah menimbulkan suasana pilihan raya yang tidak adil di Malaysia yang jelas mengekang pembangkang.

Bukti-bukti spesifik termasuklah:
  1. Pada tahun 1999, SPR mendakwa mereka tidak “mempunyai masa yang mencukupi” untuk meluluskan pendaftaran pengundi yang mendaftar pada Mei untuk pilihan raya pada November; kelulusan biasanya mengambil masa tiga bulan. Ini jelas sekali suatu usaha yang terancang untuk menafikan seramai 680,000 orang yang mendaftar pengundi baru ketika gelombang Reformasi.

  2. Pada tahun 2004, daerah mengundi yang tidak wujud ditemui. Di Gombak, wujud 2 daerah mengundi dengan nama yang sama (Kemensah 098/18/04) tetapi memberikan dua keputusan yang berbeza.

  3. Pada tahun 2004, rekod mencatatkan Ali bin Omar (No. K/P 280903-02-5057), bapa seorang pemimpin utama KeADILan hadir ke pusat membuang undi meskipun sudah meninggal dunia. Bukan sahaja itu, malah didapati beliau mengundi calon Barisan Nasional.

  4. Pada pilihan raya 2004, 37.6% daripada pengundi di kawasan Parlimen Lembah Pantai didapati mempunyai alamat yang tidak boleh dikesan. Menurut daftar pemilih sebuah kedai runcit beratap zink di Kampung Kerinchi memuatkan seramai 141 pengundi.

  5. Pada pilihan raya kecil Ijok pada tahun 2007, sebanyak 142 kertas undi tidak dipulangkan dari Peti Undi 4 daerah mengundi di Pekan Berjuntai Besari Utara. Ini timbul kerana amalan mengambil kertas mengundi kosong dan menjualnya kepada ejen yang akan menandakan kertas undi tersebut dan memberinya kepada pengundi lain yang akan membuang undi, dan membawa keluar kertas undi kosong dan mengulangi proses tersebut.

  6. Pada Oktober 2007, di kawasan Parlimen Ipoh Timur yang merupakan kubu pembangkang, didapati wujud 8,463 pengundi baru di dalam masa hanya tiga bulan. Sebelum ini Ipoh Timur mempunyai 48,000 pengundi berdaftar dan pembangkang menanginya dengan majoriti 9,774 undi.
100,000 rakyat Malaysia baru sahaja berkumpul di dalam Perhimpunan Agung Bersih pada 10 November untuk menuntut pilihan raya adil dan bersih. Justeru, reaksi kerajaan menunjukkan keangkuhan mereka yang ingin meneruskan penyelewengan yang sedia ada.

Kami menuntut penilaian penuh dasar dan prosedur SPR agar mereka menepati tahap ketelusan antarabangsa sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum yang berikutnya.

KeADILan akan terus bekerjasama dengan masyarakat madani dan parti-parti pembangkang untuk memastikan hak setiap insan untuk hidup dibawah kerajaan yang dipilihnya akan terus dipertahankan di negara kita.

ANWAR IBRAHIM

Tuesday, November 27, 2007

Apakah sejarah akan berulang?

Saya tertarik dengan perubahan politik di beberapa negara seperti di Pakistan dan Australia. Ini menunjukkan ramai manusia memang cintakan keadilan, tetapi pada masa yang sama ingin 'menolak' amalan 'kuku besi' pemimpin politik dan rasuah.

Apakah keadaan itu, turut mempengaruhi iklim di Malaysia? Saya menjangkakan, andai kata semua anggota Barisan Alternatif bersatu padu, bermuafakat dan bekerjasama antara satu sama lain, untuk merubah keadaan 'kacau bilau' pemimpin BN, saya rasa BA boleh menang kalau 'lintah' BN ini tidak 'main kotor'.

Ambil contoh, bila PAS memerintah Kelantan, Kerajaan PAS boleh bayar balik semua hutang kerajaan negeri kepada Kerajaan Pusat. Tapi, punya lama pemimpin BN memerintah, hutang kerajaan negeri (seperti Selangor), hutang makin bertambah tahun demi tahun. Akhirnya cukai sana naik, caj ni naik, siapa yang susah? Rakyat juga yang susah.

Bila rakyat dah tak menyokong, kerajaan 'import' rakyat asing, bagi 'gula - gula' seperti PA 'sementara', undi BN.

Jangan jadi BODOH la.... Tak kan la di beri kain pelekat, duit RM 10 - RM 50, anda nak 'perjudikan' nasib bangsa Malaysia di tangan BN. Nanti apa yang tinggal kat anak cucu kita? Semua jadi dungu seperti 'kerbau di cucuk hidung' tanpa mampu berfikir.

Bukan BN yang bagi kita rezeki... Allah yang bagi kita rezeki atas usaha kita. Tapi, kerajaan 'lintah' BN mengenakan pelbagai cukai yang tinggi, sehingga wang kita makin 'kecil'. Tak lama lagi, dijangka kos minyak akan naik. Kalau minyak naik, harga barang akan naik. Tok sah dok kata apa la... memang dok jadi macam tu dah... Infalasi juga akan meningkat. Inilah hadiah kalau BN menang pilihan raya nanti .

Jadi, kalau anda suka BA, pangkah BA. Anda tak suka BA, pangkah BA juga. :D

Wednesday, November 21, 2007

Adik VK Lingam beri keterangan

PUTRAJAYA: Adik lelaki peguam terkemuka Datuk V K Lingam semalam memberi keterangan selama hampir tujuh jam kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung pembabitan abangnya dengan kegiatan rasuah membabitkan beberapa bekas ketua hakim negara, hakim kanan, bekas pendakwa raya dan pegawai kanan polis.

V Thirunama Karasu, 49, yang tiba di Ibu Pejabat BPR bersama peguamnya, Wee Choo Keong, kira-kira jam 11.30 pagi, berkata beliau sudah memberikan segala keterangan dan maklumat yang diketahuinya mengenai perkara itu.

Thirunama Karasu yang dikenali sebagai 'Balan' berkata, beliau juga menyerahkan salinan laporan polis yang dibuatnya pada 16 dan 19 Mac lalu.

"Saya bersedia menyerahkan semua bahan bukti kepada BPR dan Suruhanjaya Diraja jika mereka mahu saya berbuat demikian," katanya kepada pemberita sebelum meninggalkan pejabat BPR kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Ditanya dakwaan Lingam bahawa beliau pernah mengalami gangguan mental, Thirunama Karasu menafikannya. Beliau juga menafikan terbabit dalam rakaman klip video berkenaan.

"Saya adalah manusia normal dan apa yang didakwa abang saya melalui media tidak betul.....oleh itu, saya akan menyaman Lingam," katanya.

Sunday, November 11, 2007

Video Perhimpunan BERSIH

Malaysiakini:





Al-Jazeera:





Friday, November 9, 2007

Lingam sahkan Bercakap dengan Ahmad Fairuz




Rakyat Malaysia, Ayuh Bangkit Laksanakan Hak Kita!

Suara rakyat akan kembali ke Dataran Merdeka Sabtu ini apabila puluhan ribu rakyat Malaysia akan melaksanakan hak demokratik mereka untuk berhimpun secara aman menuntut perubahan sistem pilihanraya negara.

Desakan kami kepada kerajaan untuk melaksanakan perubahan ini tidak diendahkan. Mereka telah mengabaikan tanggungjawab untuk memastikan institusi demokrasi di negara kita dapat berfungsi dengan baik. Maka rakyat Malaysia menuntut daripada Raja-Raja Melayu untuk memastikan kerajaan Malaysia melaksanakan amalan asas bagi pilihanraya yang telus dan adil sebagaimana dilaksanakan di demokrasi moden di seluruh dunia.

Bukti penipuan cukup jelas dan lengkap. Skandal kehakiman terbaru membabitkan bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz menunjukkan seluruh jentera kerajaan telah disalahgunakan untuk melindungi dan memelihara kedudukan pimpinan Umno.

Media bebas telah menerbitkan analisa yang cukup mendalam tentang kesan penipuan termasuk penggunaan pengundi hantu dan tekanan terhadap pengundi.

Seramai 40,000 undi haram telah dikenalpasti di Selangor sahaja bagi Pilihan Raya Umum 2004. Dalam 12 bulan kebelakangan ini, kami mempunyai bukti bagaimana pengundi yang dikira menyokong pembangkang dipindahkan keluar dari daerah-daerah di mana sokongan Umno lemah.

Jika Suruhanjaya Pilihanraya yakin dengan ketelusan pengurusan pilihan raya, mengapa mereka tidak membenarkan pemantau antarabangsa untuk masuk ke negara bagi memerhati dan melaporkan proses pilihan raya kita? Mengapakah tawaran kerjasama oleh badan antarabangsa dan serantau tidak diendahkan atau ditolak?

Saya mendesak pihak berkuasa untuk menghormati hak rakyat unuk berhimpun secara aman.

Saya mengalu-alukan inisiatif Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) kerana menganjurkan perhimpunan aman ini dan saya menggesa semua rakyat Malaysia untuk turut serta dalam acara bersejarah ini. Rakyat Malaysia berhak mendapat sebuah kerajaan demokratik yang boleh dibanggakan dan kita mesti bersedia untuk berjuang mencapai matlamat tersebut.

ANWAR IBRAHIM

Thursday, September 13, 2007

Konspirasi Menjatuhkan Politik Uncle Anwar

Agenda Ekonomi Malaysia

Di saat Malaysia menyambut 50 tahun kewujudannya sebagai sebuah negara merdeka kita perlu berdepan dengan persoalan yang paling getir. Mengapakah pada tahun yang penuh dengan acara sambutan gemilang, Malaysia sebenarnya telah menjadi sebuah negara Asia kelas ketiga? Beranikah kita berdepan dengan hakikat tersebut?

Kita terlalu diajak supaya asyik berpesta, terutama di kalangan generasi muda. Wacana bebas dihalang dan media dikongkong oleh golongan kaya yang menjaga kepentingan kelompok kecil penguasa. Malah iklim dan persekitaran bebas yang seharusnya tercerna dari ikrar keramat kemerdekaan diganti dengan puluhan undang-undang yang mengikat rakyat, mahasiswa dan pekerja, meneruskan strategi nakal penjajah membendung kebebasan dan kegiatan rakyat.

Justeru itu, sempena ulang tahun hari keramat negara merdeka kita sewajarnya merenungkan dengan akal fikiran terbuka sejajar dengan semangat bangsa merdeka dan bermaruah. Kerana sesungguhnya inilah juga menjadi intipati Pemasyhuran Kemerdekaan 31 0gos 1957 dan paksi gagasan negara Malaysia 1963 - mencipta negara liberal dan demokratik; menjunjung perlembagaan dan keluhuran undang-undang; menjamin kebebasan dan keadilan untuk rakyat.

Risalah PDF Agenda Ekonomi Baru boleh dimuat turun di sini:
http://www.civicbuilder.net/~keadilan/library/documents/AEB.pdf

Saya ingin merayu kpd sdr sdr utk membantu mengedar dengan apa cara jua yang dikira wajar.Inshaallah kita akan dapat menembusi tembok yang menghalang wacana bebas dan meneliti gagasan alternatif demi kesejajhteraan rakyat. Dukungan sdr sdr amat dihargai.

Dirgahayu..Selamatkan Malaysia!
Muat turun, sebar dan cetak kepada semua rakan-taulan anda!